Rindu

Dah hampir tiga minggu saya di Malaysia. Tiga minggu saya berada di rumah. Tiga minggu jugalah saya tidak ke hospital, tidak ke kuliah, tidak bertemu pesakit, tidak berjumpa rakan-rakan satu batch. Jujur saya rindu akan rutin harian saya yang selalu.  Malah terlebih rindu untuk berbulatan gembira dengan akhawat, rindu gurauan-gurauan itu, rindu bersyura dalam kebanyakan hal-hal, rindu beramal secara jama’ie, rindu melakukan segala-galanya bersama-sama. Benar rindu!

Rasa rindu ini membuatkan saya benar-benar menghargai sebuah biah yang solehah, sebagai support utama saya dalam medan amal. Rasa rindu ini juga walaubagaimanapun membuatkan saya terus tabah menjalani hari-hari, sabar menanti takdir yang bakal saya jalani. Walau adakalanya saya tenggelam dalam ketidaksabaran hati. Saya sendirilah yang memilih untuk menanggung rindu ini, rindu sementara yang akan menghadirkan sesuatu yang lebih indah di kemudian hari, insyaAllah.

Sejak pulang, sudah dua kali saya dan ayah berulang dari Melaka ke KL untuk menghadiri appointment dengan Pakar Bedah Ortopedik berkenaan Hip Replacement Surgery yang akan saya jalani nanti. Ayah terpaksa ambil cuti dan drive ke KL. Kami berjumpa dua orang Pakar Bedah untuk mendapatkan opinion, ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya ini. Semasa menunggu doktor tersebut sampai di biliknya, saya dan ayah lunch di sebuah kedai makan berdekatan. Sewaktu makan, ayah buka cerita tentang medical history saya semasa kecil buat pertama kalinya.

Kata ayah, semasa saya sakit dan ditahan di hospital 22 tahun yang lepas, dua kali ayah terima panggilan daripada pihak hospital jam 2-3pagi, mengatakan bahawa saya tenat dan menyuruh agar pihak keluarga ‘menyediakan apa-apa yang patut’. Doktor yang merawat pula sengaja mahu men’transfer’kan kes saya ketika itu  daripada Hospital Taiping ke HKL supaya saya tidak ‘pergi’ di depan matanya. Sebak dada saya mendengarkan kisah tersebut. Rasa macam ayah sedang bercerita tentang orang lain, bukan saya. Tentang survival insan yang bukan saya.

Allah baik. Terlalu baik. Dia hadiahkan hidup ini buat kita.

Dia beri kita kehidupan dengan helaan nafas yang percuma. Tapi terkadang dengan kehidupan ini kita telah rasa kita boleh buat sesuka hati kita, kita jadi jauh daripada Allah tapi kita tak terasa apa-apa pun tentang itu. Kita jadi tenggelam dengan kehidupan dunia yang membiuskan. Kita rasa ungkapan ‘alhamdulillah‘ sudah cukup menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah. Kita lupa bahawa kesyukuran yang sebenar adalah dengan melaksanakan tujuan penciptaan kehidupan kita, dan dengan menjadi seorang Muslim yang muslim.

Terkadang saya jadi takut untuk update blog. Saya khuatir kalau-kalau saya terlalu ‘asyik’ memuhasabah kisah sendiri yang tiada istimewanya pun. Tapi saya mengajak hati untuk terus berkongsi, untuk terus memberi walau sebait kata. Agar kita sama-sama terus memaknai hidup, membina langkah-langkah untuk semakin menuju Dia.

Dia tahu kita sedang berusaha.

Dia tahu kita sedang cuba; dalam payah, penat, letih, keliru, kecewa, gagal, semuanya! Walau kita tak ikhlas pada mulanya, tapi Dia tahu kita sedang berusaha.

6 comments
  1. najihah iman said:

    kak mira, shafakillah…semoga cepat2 baik..
    bleh balik bangalore teruskan perjuangan k.mira…
    i adore u sist..

    take care :)

  2. sahabat said:

    semoga cepat sembuh..amin…

  3. husna said:

    ukht..semoga kamu terus kuat dgn kekuatan y diberiNya. sgguh pun aku tidak mengenalimu, tpi kutahu, y kita sentiasa bersama2 di jalan Nya. Moga doa2 kami, y berada dijalan y sama ini, sentiasa mengiringi mu..

    with love..

  4. super fighter.!

    *feeling terlebih sebab time baca ni, kat tepi akak..huhu*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.