More, more!

Bismillah, a short note for motivation:

Kelas clinical OBG pagi tadi; I got the chance to see a woman suffering from uterine prolapse. And it was of the third degree prolapse.

What is prolapse? It is a protrusion of  vaginal wall and/or uterus at the vaginal orifice. Oklah, bahasa mudah, rahim (uterus) ‘terkeluar’ melalui ari-ari. Third degree tu kira severe lah.

Tiba2, mind meng’co-relate’; prolapse dan exam. Ada kaitan ke?

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan.”

Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu

[ Maryam : 23 – 25 ]

Logiknya, wanita yang akan melahirkan dan after melahirkan; keadaan mereka tersangat lemah, dan kalau wanita yang soon after delivery tu terus buat strenous work, boleh menjadi punca kepada berlakunya prolapse, sebab pelvic floor muscles tak dapat rest secukupnya.

Bagaimana mungkin menggoncangkan pokok kurma (macam pokok kelapa sawit tu) sampai gugur buah2nya? Tak larat kot!

Well, memetik tafsiran hadis by Muhammad Qutb; “Kamu tidak dipertanggungjawabkan dengan hasil sesuatu usaha, tetapi kamu hanyalah disuruh berusaha. Curahkan segala usahamu dan jangan fikirkan hasilnya.

Kamu bukan orang yang berkuasa kepada qada’ dan qadar. Kamu tidak mempunyai ilmu terhadap perkara ghaib; bukan dalam keupayaan kamu!”

Analogynya, menggoncangkan pokok by seorang wanita yang dalam keadaan yang sangat lemah = simbolik kepada usaha. Yang menjatuhkan buah-buah kurma itu adalah Allah!

Berusahalah! Dan serahkan kesudahan usaha kamu kepada-Nya dengan penuh ketenangan, dan mengharapkan kepadaNya.

More of effort, more! more!


“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me”

Advertisements