Am A DR!

Bismillah.

Actually tengah tunggu nak YM ngan seorang DR nie. Beliau keluar sebentar; Idle mode. kalau ada rezeki dapatla sembang ngan beliau malam ni as we are both busy superwomen. 😀

Masa evening with sisters dulu tu Kak Syaf cakap,  masa dia belajar kat OZ, buku2 dia semua dia tules besar2 “DR” Norsyarifah.

DR tu stands for ‘Da’ie Rabbani’. Tulis besar2 kat buku. Supaya sedar diri.

DR = Doktor = Da’ie Rabbani. Pergh, banyak kerja tu. Ingat boleh berangan dan main2? =.=’

Kadang-kadang ter’senget‘ gak. Seriously. Bengong2 je wase~ bukan sehari dua plak tu. Aih.

ahad haritu actually kitorang ada Talk pasal Shahadatul Haq kat sini, disampaikan oleh senior jela, (i mean bukan jemputan daripada Malaysia, ustaz2 ke .)  entahlah, Ustaz hasrizal dan Ustaz asri ada je plan nak datang ke sini, tapi mesti ada masalah Visa, and perlu batalkan lawatan mereka ke sini. padahal kalau nak diikutkan India nie negara Komanwel. tapi perlu jugak Visa. tak paham, dan  malas komen. *rolling eyes*

pasal shahadatul haq (ni first time didedahkan pasal talk nie walaupun pernah dengar2 term nie before), ter’dush’ masa sampai di paragraph nie dalam text Imam abul al-a’la al-Maududiyy tu;

Semua ini menjelaskan apa yang saya nyatakan tadi bahawa syahadah yang Allah
perintahkan ini sebenarnya bertujuan mematahkan segala hujah manusia yang
bakal digunakan di hadapan Allah kelak. Agar tiada ruang lagi untuk manusia
membuat alasan selepas mereka menerima seruan para nabi. Tiada alasan untuk
mereka berkata: Kami tidak pernah diberitahu tentang perkara ini. Jadi tidak ada
sebab untuk kami dihukum kerana melakukan apa yang kami tidak tahu mana
yang baik dan mana yang tidak, mana yang elok mana yang buruk.
jika para nabi ini tidak menjalankan tugas mereka, maka
merekalah yang akan dihukum oleh Allah kerana kesesatan dan kejahatan
manusia. Dengan kata lain, para rasul terpaksa berhadapan dengan dua pilihan.
Sama ada mereka melaksanakan segala kewajipan syahadah ini dengan cara yang
terbaik dan memastikan hujah Allah mengatasi hujah manusia. Atau kecuaian
mereka akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak bahawa
mereka tidak menyampaikan kalimah hak yang telah diamanahkan kepada
mereka dan mereka tidak memimpin manusia sebangsa mereka menuju jalan
hidup yang sebenar yang telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang diturunkan
kepada mereka.

 

 

Ini copy sket daripada ‘pakcik’ Husni, MAJLIS SYURA MUSLIMUN UK & EIRE.

Matlamat Da’wah adalah terlalu besar untuk dicapai dengan satu usaha yang sambil lewa. Tugas da’wah memerlukan satu usaha yang serius dan tersusun rapi. Malangnya para penda’wah masih ketinggalan dalam kemahiran pengurusan da’wah yang baik. Da’wah memerlukan kesungguhan dan Istiqamah. Matlamat da’wah tidak akan tercapai jika usaha ini dianggap satu hobi masa lapang, satu sesi berfikir tentang masalah da’wah seminggu sekali; atau hanya satu usaha pada ketika mata telah mengantuk.

… dan kau, di mana?

2 thoughts on “Am A DR!

  1. amirahsaryati says:

    betul2.
    [quoted] ;
    “Langkah pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa. Ini adalah serius. Siapakah yang hendak melaluinya?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s