Memorious Moments

bismillah.

.. just nak cakap yang penyertaan saya dalam peraduan klik: Sensei No Tsuki – Memorious Moments menang tempat pertama kat iLuvislam. Alhamdulillah. terharu seh, sebab bukan sikit user yang join peraduan tu. tup2 krew yang menang. oops. ngeheh. 😀

So nak copy paste la kat sini apa yang saya kirimkan untuk penyertaan itu.

(gambar 4 tahun lalu nie. so not like me today dah. heh)

Assalamualaikum.

Gambar ini merupakan gambar saya dan Ayah.

Gambar ini diambil semasa Majlis Konvokesyen Ayah di Universiti Sains Malaysia (USM) P.Pinang.. Masa ni ayah habis buat PhD. dan saya pula baru habis foundation year dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke India dalam jurusan perubatan..

Ayah anak sulung dalam keluarga, dan cuma merupakan anak kampung, tokwan cuma pencen askar dan kemudian buat kerja-kerja kampung.. tapi ayah tak jadikan alasan keluarga susah untuk tidak maju dalam akademiknya. Ayah pernah cerita, tokwan tak pandai bahasa Inggeris, tapi setiap minggu kalau tokwan pergi ke pekan, ayah akan kirim surat khabar bahasa Inggeris; mungkin New straits Time atau Malay mail masa tu.. ayah baca, dan ayah tengok kamus untuk setiap perkataaan yang ayah tak faham.. gigihnya ayah menuntut ilmu.. Sekarang ayah mahir bahasa inggeris, atas usahanya dulu..

Ayah cakap, masa kecik2 dulu di kampung tiada bekalan elektrik, ayah belajar malam2 pakai pelita je, orang panggil ‘pelita ayam’.. Pernah ayah tersengguk masa belajar, dahi ayah melecur sikit sebab tersengguk kena pelita tu, masih ada kesan di dahi ayah.. tapi ayah terus bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh..

Dalam kampung kami, ayah merupakan orang pertama yang dapat sambung belajar ke universiti.. kemudian ayah juga anak kampung pertama yang memiliki kereta sendiri.. kejayaan ayah menjadi kebanggaan penduduk kampung kami, sehinggakan ada beberapa orang penduduk kampung menamakan anak mereka yang baru lahir dengan nama ayah.. 🙂

Masa ayah sambung buat Master, dalam pada masa yang sama masih bekerja.. ayah kena tukar tempat kerja ke Kuala Lumpur.. sedangkan kami sekeluarga masih di Perak, dan ayah perlu jumpa pensyarah setiap minggu di USM P. Pinang.. Setiap minggu ayah akan berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Perak, kemudian ke P.Pinang..

Tamat Master, ayah ditukar ke Kajang.. masih jauh daripada kami sekeluarga.. Ayah masih juga berulang-alik Kajang-Perak, walaupun terpaksa menjadi husband dan father-away..

Begitu banyak sekali pengorbanan ayah, untuk kehidupannya dan kehidupan orang lain..

Kemudian ayah sambung PhD, dan masih bekerja.. ayah sibuk, saya tahu ayah kadang-kala tertekan.. tapi ayah tak pernah abai tanggungjawab pada kami sekeluarga.. ayah masih ambil kisah tentang pelajaran kami adik-beradik… walaupun jauh dan jarang berjumpa, kami selalu berhubung.. Ayah selalu kirim kata-kata semangat melalui SMS pada saya setiap kali rasaa down dalam studies..

Ayah kata;

Dalam setiap kejayaan yg dicari, ada pengorbanan yg perlu diisi. Remember: No pain, no gain.

Takde jalan mudah dalam pelajaran. Belajar sikit2 tapi constant. Fokus pada subjek yg dipelajari. Buat nota yang sistematik. Always discuss with friends & lecturers portion mana yang tak faham. Clear up ur mind from unnecessary things. InsyaAllah Mira can do it !!

Bagi saya, ayah adalah hero pertama.. ayah merupakan idola dan inspirasi saya, daripada dulu lagi.. Secara jujurnya saya mengaku bahawa setiap kekuatan yang saya miliki untuk menempuhi semua dugaan dan cabaran dalam study selama ini adalah daripada Ayah..

Gambar saya dan ayah ini saya letakkan di meja study, sebagai pemangkin semangat saya.. Kalau ayah boleh, saya juga boleh? Saya kan anak ayah yang baik? 🙂

Bila ayah peluk saya masa dalam gambar nie, saya tahu masa tu ayah gembira sebab segala penat lelahnya daripada zaman sekolah dulu lagi, sudahpun berbaloi dengan kejayaannya memiliki PhD tu, orang kampung kami kata PhD tu ‘pelajaran habis dah’.. Dan melalui sentuhan itu juga saya rasa ayah menyalurkan semangat buat saya agar terus bertabah dan kuat untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini..

Untuk ayah;

Sometimes I know the words to say,

Give thanks for all you’ve done,

But then they fly up and away,

As quickly as they come.

How could I possibly thank you enough,

The one who makes me whole,

The one whom I owe my life,

The forming of my soul.

The one who makes such sacrifices,

To always put me first,

Who lets me test my broken wings,

In spite of how it hurts.

Who paints the world a rainbow,

When it’s filled with broken dreams,

Who explains it all so clearly,

When nothing’s what it seems.

Are there really any words for this?

I find this question tough…

Anything I want to say,

Just doesn’t seem enough.

What way is there to thank you,

For ten thousand little things you’ve done,

For oh-so-many years.

For changing with me as I changed,

Accepting all my flaws,

Not loving ’cause you had to,

But loving “just because”.

For never giving up on me,

When your wits had reached their end,

For always being proud of me,

For always being there for me.

And so I come to realize,

The only way to say,

The only thank you that’s enough,

Is clear then just one way.

Look at me before you,

See what I’ve become,

Do you see yourself in me?

The job that you’ve done?

All your hopes and all your dreams,

The strength that no one sees,

A transfer over many years,

Your best was passed to me.

Thank you for the gifts you give,

For everything you do, but thank you, ayah, most of all,

For making dreams come true.

I thank Allah that you’re mine..


Ayah,

Mira doakan yang terbaik untuk ayah, semoga ayah di sana nanti dibangkitkan sebagai ayah yang telah berjaya menjadi ayah yang cemerlang dalam mendidik kami adik beradik, dan sebagai suami yang terbaik untuk ibu.

Mira doakan setiap saat, segala pengorbanan ayah untuk kita sekeluarga dibalas dengan kasih sayang-Nya yang tidak terjangkau pun di fikiran kita.

Semoga kehidupan ayah sentiasa di bawah petunjuk dan redha-Nya.

Mira sayang ayah. Moga Ayah disayang Allah selalu.

Tulus daripada anakmu,
Amirah Saryati Muhammad Amin,
Bangalore, India.


“…..saling berpesan untuk bersabar, dan saling berpesan untuk

berkasih sayang.”  [90:17]

5 thoughts on “Memorious Moments

  1. salam.sungguh indah karya aisya,tahniah kerana menang XD
    Naim menang gak tapi ‘haiku’ sahaja.

    namum kisah aisya menjadi pembakar semangat. Alhamduillah.
    mesti parent aisya bertuah mempunyai anak yg solehah

    p/s:mai ziarah blog naim xd

  2. terharu mira… thniah mnang~
    kasih syg ayah tiada smpadan. malah kasih syg keuda ibu bapa yg mnjadikn kt sekarang.
    parents adlh antara first teacher kita~
    T_T
    miss my parents already!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s