Just Another Chance

bismillah.

Pantas ya.

Sedang tunggu sayur campur masak atas api kat dapur tu ha, plus tgh upload video kat youtube account, plus tgh packing bag. hehehe, kata multi-tasker.

Every sunset gives us one day less to live, but every sunrise gives us one day more to repent. Maka setiap hari adalah peluang ya.

Tadi housemate berkongsi cerita, seorang surgeon yang ‘alim’ di hospital mereka; Dr . R yg beragama Kristian minta students play any interesting song sebagai halwa telinga sebelum kelas bermula.  Nah, ‘Open Your Eyes’ by Maher Zain tu diplay dari mula sampai akhir.

Kemudiannya Dr. R tunjukkan slideshow ‘You are Special’, menyuntik unsur ‘dakwah’ nya juga lah nampaknya.

Begini ya rakan-rakan, terutamanya yang berada di sekitarku, ramai yang memandang kepada kita sekarang. kerana kita muslims, dan musleh inshaAllah. tapi tak kisahlah pandangan mereka.  Kita ini  memportraykan Muslim secara seluruhnya.

Ya benar kalau pemandu lesen ‘L’ bawa Mercedes, tapi terlibat dalam kemalangan, kita mahu salahkan pemandu itukah, atau kereta Merz yang hebat itu? Mana mungkin kereta yang datang dengan pelbagai ciri keselamatan itu menyebabkan pemandunya kemalangan.

Kereta hebat macamanapun, tapi pemandu tak reti bawak, no point.

Islam indah dan hebat, tetapi penganutnya belum tentu mempraktiskan secara indah dan hebat juga. Ya kan? Wanastaghfirullah.

Bila ditanya kepadaku; “Mira rasa dakwah tu apa ek?”

Erm. Orang kata kita ini memang seumur hidup perlu berdakwah [shahadatul haq], untuk melaksanakan tanggungjawab yang datang bersama shahadah kita. Untuk menyampaikan.

Maka aku rasa dakwah itu ialah kamu itu sendiri.

Ya, aku dan kamu. Qudwah kamu. Kerna kamu Islam, maka seluruh kelakuan kamu, pembawaan diri kamu, seluruhnya akan disandarkan atas nama Islam.

Kamu ponteng kelas saja-saja sebab malas, mungkin cakap-cakap antara lecturers berbunyi, “Malaysian students love to bunk classes. (maybe ditambah: and 90% of them are Muslims!)”

Kamu suka tidur dalam kelas (dush2!), mungkin  terdetik di hati lecturer tu, “Oh I never found any Indian students that could ever sleep in myclass, but I’m surprised to see that they sleep like a baby in the class (maybe ditambah: do Islam taught them not to respect the lecturer teaching in front?)”

Sila dush dan dang diri sendiri. Nah, kita semua adalah pendakwah. Ingat ya.

Kita memang takkan pernah mencapai tahap sempurna, tapi kita boleh sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang Allah redha, iya kan?

Malam nie akan bertolak ke Yelagiri untuk program tamrin bersama Abu dan Ummu Hafsah that will come all the way from Malaysia.

Tinggalkan sebentar buku-buku medic tu yang tak sempat dibaca tu ya mira, kita mahu bina kefahaman di sana.

Ini adalah perkara yang serius. perlukan kefahaman, bukan ikut-ikutan!

P/s: Saya jadi AJK Multimedia; ni nak share video yang saya buat untuk lagu Doa Rabitah tu. Baru selesai diupload kat Youtube.  Oh, subuh sabtu sampai dhuha ahad ya saya mengadap benda nie. tambah dengan laptop hanged dan tiada recovery file. uhhhu. Ini hasilnya; didedikasikan buat semua yang berada di jalan ini. 🙂

 

 

 

 

 

p/p/s : dapat markah end-posting exams tadi. saya tak sempat baca semua pun sejujurnya, tapi subhanallah. markah penuh. benarlah kata Dia- [Muhammad:7].  So never hesitate untuk buat kerja untuk Dia!

Doakan perjalanan selamat pergi dan balik. 😉