Thankful

Sebelum pulang, semalam berziarah ke rumah Shaheena; our Sunday-ly hired maid. Dengan upah Rs150 rupee = RM10 she mops the whole house and do some other cleaning stuff; in which yang kami tak termampulah nak buat sendiri setiap hujung minggu. Almaklum jadual sekolah yang padat-sabtu-pun-ada-kelas dan juga beberapa program/aktiviti2 lain that comes in between. Tapi the other niat of hiring her is nak tolong support her life la; she’s a mother of two schooling children who lives in this costly country of India with the government imposing very high tax on almost all the goods, plus the school fees, tuition fees, house rent, billings etc.

And oh she’s a Muslim. Aku dan housemate penah solat jemaah Maghrib sama-sama dengan dia di rumah sebab she started cleaning the house dah lewat petang masa tu.

I do not know whether she learnt hadith Niat (hadith 1); but from the way she works, I can see that she’s very sincere in doing her job. Shaheena mop satu rumah tu pakai tangan je guna kain buruk instead of guna mop yang ada batang – macam Cinderella used to do. Memang sangat bersih. Berkilat lantai rumah kami.

And even yesterday – okay ini sangat terharu; kami ahli bayt – kumpulkan a bulk of notes kertas2 buku2 nota first year dulu2 yang dah tak guna kat tepi pintu rumah, maybe later when we come back from the holiday that we could send it to the recycle shop ke. but Shaheena carried the whole thing (and it was about 3-4kilos of papers and books maybe?) to the kedai recycle about approximately 2km from our house. And she walked!

When she returned from that kedai, she handed over to me Rs52 bersamaan RM3.45 – hasil jualan kertas2 dan buku2 terpakai tadi. I insisted on her to take the money, but she too insisted me that the money is of mine.

Allahu Allah. Apalah sangat bagi pelajar yang dapat elaun sara hidup berdollar-dollar setiap bulan berbanding dia yang berjalan dengan beban dan sejauh itu untuk mendapat cuma sejumlah RM3.45; dan terlalu menghargai nilai walau 2 rupees (RM0.13)?

Beberapa buku-buku nota lama kami yang masih berbaki 5-6 mukasurat kosong juga dikutip dan disimpan untuk dibawa pulang untuk anak-anaknya menulis atau kira-kira.

Hmm, mudah benar kan, untuk kita spendkan duit membeli buku nota baru bila masuk sem/term baru? Betapa berertinya beberapa muka lembaran kosong itu buat mereka yang benar-benar menghargai.

Senyum kelat.

You come to my house?

Shaheena memang banyak kali juga ajak untuk datang ke rumah dia.. dan petang semalam, sewaktu aku nyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah dia, tersenyum lebar dia atas kesudian itu.

Atas kesudian mengunjungi teratak buruknya di kawasan slum, berbanding kami yang tidur berselimutkan comforter empuk di apartment ni, yang memiliki rumah yang luas dan segala perbandingan2 lain.

Sistem hidup berkasta di India ni ketara sekali bila semalam aku offerkan mineral water aku ,sebab nampak Shaheena sangat penat sekembalinya dia dari kedai recycle tu. Selalunya dia bawak air sendiri, mungkin kali ni terlupa.. lepas minum tu; she wanted to throw  the water that still remains in the bottle into the sink. Fikirnya, takkanlah aku nak minum baki bekas air minum dia yang berkasta kuli? Allah. “You still want this water?” “Why? It’s okay.. no need throw

Kami berjalan kaki. Okay memang aku rasa tak termampu nak berjalan sejauh itu, tapi melihatkan dia yang terkejut amat bila pakcik auto kata Rs30 (RM2) tambang untuk ke tempat dia, “It’s okay Shaheena we’ll walk together

Rumah Shaheena kecil yang didiami oleh dia dan suami serta dua anak;  ada sebuah katil, sebuah tv, sebuah almari dan meja, sebuah peti ais, dan dapur yang kecil. Gembira benar Ferdaus (her daughter) and Sameer (her son) bila terpaculnya wajah aku kat pintu rumah. Sameer siap keluarkan anak ayam belaan diorang dari reban untuk tunjuk pada aku yang penakut ni. Ferdaus pula seronok tunjukkan album gambar dia masa baby.

Dan Subhanallah wa Alhamdulillah.. despite  her busy days of earning money for a living, she said she spent every morning twice a week to learn Qur’an at the madrasah. Melihatkan suasana Islam warisan di sini, keinginannya untuk belajar itu ternyata sangat menyentuh hati.

Semoga; biarlah dia miskin harta di dunia, tetapi di akhirat kelak menjadi kaya dengan akhlak, santun dan ikhlasnya. Allahu Raheem.

Dan aku, belajar sesuatu dari kehidupan kamu, buat aku terus mensyukuri hari-hariku.

“I love India, I love living in India. There’s a lot of poor people you can see everyday in everywhere. In this situation,it may teach you how you should be thankful to ALLAH for everything He gave to you.”


Advertisements