Appreciating Pain

Kalau tak kerana rasa sakit yang tak tertanggungkan, tak mahu rasanya aku menjejak kaki ke Orthopaedic Department mana-mana hospital lagi.

Kalau tak disebabkan painkiller yang akan membawa kesan yang merosakkan organ hati dan ginjal jika diambil dalam suatu tempoh masa yang panjang, tak ingin aku dengar pendapat yang sama daripada pakar tulang secara berulang-ulang.

The only treatment to cure the pain that you’re having is by doing the total hip replacement surgery. But the problem is, the artificial joint will last maximally 15 years; if you really restrict your movement. If we do it now, we have to replace it at probably – 37years old

Heh. Skrip yang memang aku dah hafal pun. 

Bukaan langkah yang pendek, berdiri tak boleh lama, tak boleh banyak berjalan, baring cuma mengiring ke kanan, ‘don’t squat‘.

Restrict your movement, if possible“, berulang kali dipesan doktor.

Apa kau rasa, seorang bakal doktor seperti aku; boleh jalan terhegeh-hegeh? 
Kau ingat, bila ambik case history, aku boleh mengendeng-ngendeng tumpang duduk di katil patient?
Dan apa kau fikir, akan selamanya manusia akan bersimpati, “eh, dudukla mira, jgn berdiri lama-lama

Comel je, Dr. Kanthi gosok-gosok kepala aku dan cakap, “You are a bright girl.. You have made it this far.. Don’t worry, you’re strong
Berkaca-kaca gak mata aku nih!. (sebab Dr Kanthi ialah Pakar Tulang sub-specialist Pakar Kanak-kanak, maybe dah terbiasa gosok kepala budak-budak. hehe.)

Aku percaya, Tuhan itu selalu Adil dan Maha Sempurna. Tak sesuatu pun yang tercipta tanpa sia-sia! 

Masakan aku ditakdirkan masuk ke bidang perubatan sehingga di tahun ketiga kini, sekadar untuk saja-saja?

Ayah pun taktau nak tolong kau macamana lagi, Mira. Kau dalam bidang tu, carila apa-apa treatment yang terbaik. Ayah cuma boleh bagi moral support je

Sengih. ‘cari apa-apa treatment terbaik’. Maka akulah pemakan tablet painkiller yang tegar sekali sejak 6 tahun yang lalu, dengan preskripsi sendiri. Heheh.

Kesiannye mira.. dokter tak boleh buat apa-apa ke?

Aku sama sekali tidak menagih simpati kalian dalam apa situasi pun. Simpati dan empati berbeza, tahu?

Aku kurang pasti, validkah alasan ‘sakit kaki’, kalau aku lari dari medan dakwah ini. Sedangkan Abdullah ibnu Maktum pun syahidnya memegang panji. 

I can manage them with one leg“, ucap Memeti dalam Valley of The Wolves Palestine 2011 setelah kakinya ditembak tentera Israel.

Eh, bukankah jejariku sedang menari-nari atas papan kekunci? Moga ada sahamku ke sana nanti dengan apa-apa yang aku nukilkan di sini. 

Aku hanya minta kekuatan dari Allah, berilah aku  pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ini. 

********************

Have you ever thanked Allah when you felt pain?

Of course everyone loves happy moments, but why don’t we try to appreciate feeling pain?

Think about being rewarded and being closer to Allah by that.

Remember, a Muslim is rewarded for every single hardship he faces, so why do we hate pain?

With any tiny suffering even a pin prick you gain a reward or erase a sin!

So just appreciate the feeling of pain.

Allah sayang saya, terima kasih Allah 🙂
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar:10)

Jom, terus semangat!!! ^_^

-yang akan terus melangkah meski dengan penuh kepayahan-
amirahsaryati