Appreciating Pain

Kalau tak kerana rasa sakit yang tak tertanggungkan, tak mahu rasanya aku menjejak kaki ke Orthopaedic Department mana-mana hospital lagi.

Kalau tak disebabkan painkiller yang akan membawa kesan yang merosakkan organ hati dan ginjal jika diambil dalam suatu tempoh masa yang panjang, tak ingin aku dengar pendapat yang sama daripada pakar tulang secara berulang-ulang.

The only treatment to cure the pain that you’re having is by doing the total hip replacement surgery. But the problem is, the artificial joint will last maximally 15 years; if you really restrict your movement. If we do it now, we have to replace it at probably – 37years old

Heh. Skrip yang memang aku dah hafal pun. 

Bukaan langkah yang pendek, berdiri tak boleh lama, tak boleh banyak berjalan, baring cuma mengiring ke kanan, ‘don’t squat‘.

Restrict your movement, if possible“, berulang kali dipesan doktor.

Apa kau rasa, seorang bakal doktor seperti aku; boleh jalan terhegeh-hegeh? 
Kau ingat, bila ambik case history, aku boleh mengendeng-ngendeng tumpang duduk di katil patient?
Dan apa kau fikir, akan selamanya manusia akan bersimpati, “eh, dudukla mira, jgn berdiri lama-lama

Comel je, Dr. Kanthi gosok-gosok kepala aku dan cakap, “You are a bright girl.. You have made it this far.. Don’t worry, you’re strong
Berkaca-kaca gak mata aku nih!. (sebab Dr Kanthi ialah Pakar Tulang sub-specialist Pakar Kanak-kanak, maybe dah terbiasa gosok kepala budak-budak. hehe.)

Aku percaya, Tuhan itu selalu Adil dan Maha Sempurna. Tak sesuatu pun yang tercipta tanpa sia-sia! 

Masakan aku ditakdirkan masuk ke bidang perubatan sehingga di tahun ketiga kini, sekadar untuk saja-saja?

Ayah pun taktau nak tolong kau macamana lagi, Mira. Kau dalam bidang tu, carila apa-apa treatment yang terbaik. Ayah cuma boleh bagi moral support je

Sengih. ‘cari apa-apa treatment terbaik’. Maka akulah pemakan tablet painkiller yang tegar sekali sejak 6 tahun yang lalu, dengan preskripsi sendiri. Heheh.

Kesiannye mira.. dokter tak boleh buat apa-apa ke?

Aku sama sekali tidak menagih simpati kalian dalam apa situasi pun. Simpati dan empati berbeza, tahu?

Aku kurang pasti, validkah alasan ‘sakit kaki’, kalau aku lari dari medan dakwah ini. Sedangkan Abdullah ibnu Maktum pun syahidnya memegang panji. 

I can manage them with one leg“, ucap Memeti dalam Valley of The Wolves Palestine 2011 setelah kakinya ditembak tentera Israel.

Eh, bukankah jejariku sedang menari-nari atas papan kekunci? Moga ada sahamku ke sana nanti dengan apa-apa yang aku nukilkan di sini. 

Aku hanya minta kekuatan dari Allah, berilah aku  pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ini. 

********************

Have you ever thanked Allah when you felt pain?

Of course everyone loves happy moments, but why don’t we try to appreciate feeling pain?

Think about being rewarded and being closer to Allah by that.

Remember, a Muslim is rewarded for every single hardship he faces, so why do we hate pain?

With any tiny suffering even a pin prick you gain a reward or erase a sin!

So just appreciate the feeling of pain.

Allah sayang saya, terima kasih Allah 🙂
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar:10)

Jom, terus semangat!!! ^_^

-yang akan terus melangkah meski dengan penuh kepayahan-
amirahsaryati

3 thoughts on “Appreciating Pain

  1. each person ada ujian masing2x kan.tak terseorang pun terkecuali.
    bila Allah timpakan ujian,pasti bersama2x dengannya ada jln penyelesaiannya.diri kita yg kena bijak cmne nak hadapinya dengan tabah hati yang tak berbelah bagi.dan paling penting, yang Allah pandang adalah sejauh mana usaha kita nak hadapinya.sabar ke tidak kite ni kan yang dah kata kat Allah, “aamannaa”, kami telah beriman. =’)
    bila fikir-fikir kan, how kite back to Allah (raja’na ilallah) dlm nak hadapi ujian-ujian ni? tak kisahlah sekecil2x zarah cuma(mungkinkah?) atau sebesar-besarnya yg diri kita rasa.apa pun sesungguhnya,kekuatan kite yang sebenarnya adalah dlmn yang taqarrub billah.ape pun situasi yg dihadapi,ikatlah dgn Allah.

    Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin laki-laki dan perempuan, baik yang mengenai dirinya, hartanya, anaknya, tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa
    (HR. Tirmidzi)

    mendoakan dikejauhan.*hugs.
    [Al-Baqarah: 286] *Doa seorang pejuang! Tabah!
    “SENYUMLAH DIKALA KAU DIUJI TUHAN,PASTI BERTAMBAH TENANG KEHIDUPANMU”

  2. terpukulll, especially part ni –> Sedangkan Abdullah ibnu Maktum pun syahidnya memegang panji. comparing myself to you, ikhwah akhawat lain, apatah lagi sahabat dulu2, tak tahu nak letak diri sendiri dekat mana.
    valley of the wolves tu, kte baru tgk. tapi awak mesti dpt lebih ‘feel’ watching the movie than me. huu.
    neway, kte suka sangat post ni. moga Allah terus beri semangat untuk awak, dan untuk kte jugak….
    oh, my current fave hadith, untuk awak 🙂
    How wonderful is the affair of the believer, for all his affairs are good and this does not apply to anyone except the believer. If something good happens to him he is grateful, and that is good for him, and if something bad happens to him he is patient, and that is good for him.” [muslim]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s