Keterbatasan

bismillah.

Jam di handphone menunjukkan angka 10:20 malam. Aku sepatutnya sudah tidur pada jam ini; aku senang berpagi-pagian berbanding bersengkang mata menjadi burung hantu.. tapi malam ini, susah benar nak lelapkan mata.. ah baru sebentar tadi aku meneguk separuh White Coffee 3in1, konon mahu stay-up menghabiskan nota ENT.. tapi juga, lazimnya walaupun  selepas minum kopi pun aku mudah saja melenakan diri.
Heh, kini tegukan kopi itu cuma memberi psychogenic effect menjagakan diri, bukan lagi physiologic effect yang meng’alert‘kan CNSku..

Siling bilik kurenung.. bagaimana hari esokku?
Sekolah semakin menjadi sesuatu yang menyakitkan buatku. Menyakitkan, secara literal. Hinggakan aku terasa lebih senang berdiam di rumah berbanding mencipta langkah-langkah ke sekolah..

Allahu Allah.

Kondisi kakiku, kian teruk. Sepertinya setiap derapan tapak bisa mengundang tangis.. Aku terkenang dulu-dulu, betapa aku tak mahu diberi layanan istimewa; “eh mira, duduklah tempat saya,”  “awak boleh duduk bawah khemah, takpayah terlibat dgn larian” dan lain-lain.

Dan jawapanku terhadap santunan-santunan ini, “eh takpeee, saya okay

Terkenang juga aku, perjalanan mendaki Gunung Sinai. subhanallah, mendaki bukit Maxwell pun tak pernah sampai separuh pendakian. kemudian mampu mendaki gunung sampai kepuncaknya? mashaAllah.. pertolongan Allah sangat hebat waktu tu!

Minggu lepas, kakak mengundang aku ke daurah akhwat di Serdang. Aku sudahpun kembali ke India sekarang ni, maka aku perlu terbang ke Malaysia semula untuk hadiri daurah selama 4hari tu.. Kalau ikutkan, flight selama 4jam; apalah sangat.. Residential Permit pula baru renew.. Tiket pergi-balik Air Asia pun, cuma RM300 je.. seperti sangat mengalu-alukan kehadiran aku di sana..

Aku mahu pergi.. aku selalu berdoa semoga ditemukan dengan orang-orang yang hebat dalam DnT ini.. dan dalam daurah tu nanti, kakak-kakak dan ada asatizah yang akan beri pengisian..
Aku excited.

Tapi..
mengenangkan rasa sakit yang aku perlu tanggung pada setiap langkah yang kucipta.. mudarat yang lebih berbanding manfaat, aku terpaksa menolak undangan istimewa tu.. Sakit, benar sakit.. aku tak tipu..
Masakan aku mampu menipu, kalau di hospital kini aku mula menggunakan elbow crutch?
Masakan sakit sikit-sikit cuma kalau tanpa analgesic aku tak mampu membuat hatta satu langkah pun dengan tiada kepayahan?
Dan yang menanggung dan merasai nikmatnya sakit ialah aku.

Dengan keterbatasan ini.. Hati siapa yang tak sedih, andai pengisian-pengisian yang aku keciciran itulah sepatutnya membasahkan lagi hamasahku dalam jalan ini?
Hati siapa yang tak terkilan, kalau sahabat-sahabat sekatibah semuanya terbang ke Jakarta untuk hari-hari yang basah dengan pengisian yang ruhiy?
Hati siapa yang tak hiba, bila rasa terlalu mahu menziarah akhwats tetapi nak menapak ke muka pintu pun sudah menjadi sesuatu yang berat?

Dan aku.. di dalam bilik ini, semakin takut mencipta langkah! Allah….

Besar ujian ini ya Allah..
Kaki yang sihat dan nikmat berjalan adalah nikmat  terbesar yang terlalu amat perlu disyukuri, dan aku kini rindui…..

Mungkin rasa sakit Rasulullah lebih lagi, tatkala berjalan di Taif dengan kaki Baginda berkocak darah..
Mungkin aku perlu lebih lagi meminjam hamasahnya Abdullah bin Ummi Maktum, yang buta tetapi terlalu mengimpikan syahid.. dan, sahabat Amar bin Jamuh r.a yang mempunyai kaki yang tempang tetapi hatinya ingin syahid di jalan Allah di medan Uhud..

Berdosakah aku ya Allah, menangisi keterbatasan ini? Belum all-outkah aku kiranya ni?
Ya Allah, di syurgaMu itu nanti, pasti tiada kesakitan kan? Aku akan berjalan tanpa rasa sakit kan nanti?
Ya Allah, golongkan aku dalam golongan mereka yang merindukan syurgaMu.. dan dalam golongan mereka yang mengimpikan syahid di jalanMu..

 ‎”Aku memanjatkan doa atas jalan-jalan kehidupan yg terbaik. Aku mencuba menerima segala keterbatasan diri. Aku merenungkan bahawa ada ribuan hikmah dibalik keterbatasan yg telah ditentukanNya. Dan ada berbagai jalan utk ditapaki, utk menembusi liang-liang keterbatasan.
dengan tetap mengindahkan segala kurnia yg telah diberikanNya”


Aku perlukan kamu, untuk doakan aku!