Peranan

Dalam apa jua kondisi pun, peranan diri di mata Tuhan takkan pernah berubah.
Rindu ini, biarlah yang menguatkan; bukan yang melemahkan.”
Dan rindu ini, bukan lagi ekspresi emosi tetapi adalah suatu ekspresi tanggungjawab.
Dan kau bertanya, “Rindu adalah tanggungjawab?”
Ya, tanggungjawab.
Kerana suatu masa nanti dengan izin Tuhan yang menurunkan hujan ini, kita akan bertemu..
Hujan yang kini sedang menyirami pohon-pohon rindu di sanubari..
Hujan yang menyuburkan segala rasa dan harap..
Dan saatnya kita melunaskan rasa rindu kita itu, kita akan berkongsi beban peranan ini bersama-sama.. bukan sendiri..
Walau hakikatnya kita tak pernah sendiri.
Sementara waktu berlalu, penantian tak bererti sia-sia.
Kau, dan aku.. sedang berperanan.
Berperanan dalam tanggungjawab.

“Hujan, kau ingatkan aku tentang satu rindu.. di masa yang lalu, saat mimpi masih indah bersamamu..”

Semoga Allah terus mempermudahkan kalian, akhowatku!

Allahumma thabbitna ‘ala deenik.

Layankanlah mode jiwang hujan-hujan ni. heheh

Apa khabarkah kalian di sana?

20120209-155126.jpg

Di Sebalik Tabirnya

Lama blog ni dibiarkan sepi tak berpenghuni. Dulu pernah berjanji dengan diri nak selalu menukil di sini untuk berkongsi refleksi kehidupan dengan kesempatan waktu yang panjang kini. Tapi berkali-kali janji tersebut dimungkiri atas alasan-alasan yang rapuh. Terasa sungguh-sungguh mendustakan sabda Nabi atas nikmat kelapangan yang terabaikan. Dan tak selamanya kita harus kalah dengan tarikan ruang keselesaan itu!

 

Buat yang tertanya-tanya tentang keadaan diri saya, Alhamdulillah saya kini di rumah, semakin sihat dan semakin sembuh Insyaallah. Luka pembedahan telah kering dan staples pada bahagian tersebut juga telah dibuka; 28 staples semuanya. Cuma doktor belum benarkan saya berjalan lagi. Tempoh penyembuhan tulang secara teorinya mengambil masa 6 minggu, ketika entri ini ditulis hanya 5 minggu berlalu. Jujur memang tak sabar-sabar rasanya nak berjalan, nak merasa ‘hip baru’ ni. Sekarang saya bergerak menggunakan wheel chair atau crutches.

 

Mengimbas kembali malam 5 Disember 2011 sebelum pembedahan tersebut, memang saya sangat berdebar-debar. Walaupun masa masih kecil dulu ada beberapa pembedahan yang pernah saya lalui, tapi semuanya seperti tak pernah ada dalam kotak memori melainkan parut lama yang ada dan kisah yang pernah ayah ceritakan. Malam itu selepas solat Isyak sempat saya lakukan solat sunat hajat secara duduk di atas kerusi, memohon kepada Allah agar segala-galanya dipermudahkan. Takut juga saya kalau kejadian ‘anesthetic awareness’ tu berlaku pada saya. Wa’iyazubillah! Malam tu memang saya tak boleh lelapkan mata dek debaran dan keresahan walaupun dah diberi tablet sedatif.

 

Tak henti-henti saya berselawat dan zikirkan kalimah ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’. (Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung). Teringat kisah tatkala Nabi Ibrahim diletakkan di atas tungku api, Jibril bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”. Baginda kemudiannya menyebut kalimah ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu daripada dibakar. Teringin benar hati ini untuk memiliki tahap kebergantungan setinggi itu terhadap Allah. Kalimah zikir tersebut sangat kuat impaknya terhadap jiwa.

 

Pagi 6 Disember 2011 bersamaan 10 Muharram 1433H jam 8.30 pagi, saya ditolak keluar daripada wad menuju ke dewan pembedahan. Saya nampak kolam mata ayah digenangi air, ayah kucup dahi saya sebelum saya masuk ke ruang menunggu di luar dewan pembedahan. Saya seperti faham ada mesej yang ingin disampaikan di situ. Saya masih juga ada rasa cuak serta berdebar-debar, tapi seperti ada suatu kekuatan baru dalam diri, seolah-olah ada yang membisik dari dalam diri, “Yes, you can do this Mira!” dan saya pasti semuanya datang daripada Allah jua. Dialah sebaik-baik tempat memohon kekuatan. Mungkin bila kita rasa lemah dan tak kuat tu adalah kerana kurangnya keyakinan dan kebergantungan kepada Allah, tetapi lebih kepada manusia dan diri sendiri.

 

Ada satu pembedahan lain sebelum giliran saya, jadi saya tunggu di luar bilik pembedahan sehingga saya terlelap di atas katil tu, tambah pulak suhu tersangatlah sejuk di situ. Jam dinding menunjukkan pukul 9.40 pagi barulah saya dibawa masuk ke dewan pembedahan. Sempat saya melihat lampu-lampu dalam operation theater sebelum saya tak sedar apa-apa. I had a general anesthetic which worked out fine, Alhamdulillah.

 

Saya sedar semula bila nurse cakap, ‘Amirah, operation dah selesai’. Masa tu memang secara automatik pegang peha kiri. Dah tak rasa sakit yang macam dulu dah. Tangan pulak berselirat wayar. In between legs, ada satu span yang besar bentuk ‘A’ iaitu ‘abduction pillow’. It functions to keep the pelvis and hip aligned, as well as to prevent internal rotation of hip.

 

Bila ditolak keluar daripada bilik pembedahan ke wad High Dependency Unit (HDU), jam kat situ menunjukkan pukul 4.10pm.. Lamanya! Hampir 7 jam. Tapi memang masa consultation dengan surgeon tu sebelum pembedahan ni, he had mentioned that this surgery would be quite complex and challenging, might take 4-5 hours or even more. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah that I survived this very first phase of an indeed a long process. Terima kasih, Allah.

 

Malam itu saya bermalam di wad HDU, masih di bawah pemerhatian doktor. Alhamdulillah semuanya ok, normal blood presssure (BP), normal oxygen saturation, normal heart rate. In fact, the I.V. is in place for getting on-demand morphine (I could push the button whenever I wanted it), this is for pain control. Memang memudahkan bila terasa sakit je pada bahagian pembedahan tu, tekan je morphine tu dia akan masuk sendiri menerusi I.V. line. tak perlu panggil nurse untuk injection tahan sakit. Cuma side effect morphine ialah gatal-gatal satu badan, bila mengadu je kat doktor, doktor masukkan I.V. Piriton untuk counter side effect tu. Darah yang keluar daripada tempat pembedahan dialirkan melalui ‘close wound suction drainage’ agak banyak, sampai anemic dibuatnya dan perlu masukkan satu unit darah blood transfusion. Alhamdulillah keesokan harinya dah boleh tukar ke wad biasa. Banyak yang Allah dah mudahkan.

 

Seminggu pertama di wad agak kurang selesa, maklumlah terbaring flat je atas katil dengan kedua-dua kaki terikat pada ‘abduction pillow’ tersebut. Tak boleh turun katil, tak boleh banyak bergerak.Tak perlu ke tandas sebab ada urine bag (CBD). Wudhuk pun ibu atau cousin yang tolong ambilkan, solat sambil baring dengan katil yang ditegakkan. Masa tu rasa terharu sangat dengan rukhsah (keringanan) yang Allah bagi untuk solat, siap boleh solat baring, kalau tak mampu jugak boleh solat guna isyarat mata. Betapa Allah terlalu cinta untuk bertemu dengan hamba-Nya, tapi terkadang ada yang beralasan sakit untuk meringan-ringankan tuntutan tersebut. Malunya. I promised myself to consult my future patients about this rukhsah and help them in performing it, InsyaAllah.

 

Bila solat pun sambil baring, jadi terlalu rindu nikmatnya sujud di tikar sejadah. Bila mandi pun digantikan dengan body wipes for bedridden patients, rindunya nikmat mandi di bawah pancuran air. Bila cuma boleh tidur terlentang atas katil tanpa boleh mengiring ke kiri atau ke kanan, terasa benar tidur yang tanpa limitasi pergerakan adalah suatu nikmat yang Allah tarik seketika. Bila nyamuk gigit hujung kaki pun tak dapat nak garu sendiri sebab nak patuh pada ‘hip precautions’, terasa sangat bahawa nak bending forward to reach your great toe is actually a great nikmat. Bila barang jatuh kat lantai tapi tak dapat nak kutip dengan tangan sebab tak dapat bend forward dan terpaksa ambil dan grab dengan jari-jari kaki kanan, terbayang dalam minda macamanalah orang yang takde kedua-dua tangan menjalani kehidupan. Nikmatnya ada kaki, ada tangan yang sempurna. And the list of nikmat goes on..

 

Padanlah kita ditempelak berkali-kali dalam Surah Ar-Rahman, “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” Terlalu banyak yang telah kami dustakan ya Allah.

 

‘Ala kulli haal, I thank Allah for everything. Indeed, if Allah brings you to it, He will bring you through it insyaAllah.

 

“Allah does not burden any human being with more than he is well able to bear; in his favour shall be whatever good he does, and against him whatever evil he does..” [2:286]

 

Semoga Allah menjadikan saya hamba yang sentiasa bersyukur dan bertambah kesyukuran setiap masa, insyaAllah. My heartfelt and warmest thanks kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara yang mendoakan, yang datang ziarah, yang bertanya khabar, yang memberi kata-kata semangat di Wall FB/SMS/call. Tak dilupa juga kepada semua yang prihatin dan telah memberi sumbangan dan bantuan dalam apa jua bentuk. Semoga Allah membalas semuanya dengan barakah dan rahmatNya kepada kalian insyaAllah.