nota #1 : al-‘asr ayat 1-3

malam jumaat yang lalu kami mendalami surah al-‘asr dalam usrah. saya pernah dapat sharing ayat ni masa kat india dulu, menerusi daurah online. tapi kali ini merupakan revisi yang sangat bermakna buat saya. mungkin sebab setting tempat adalah dalam masjid, usrah ‘darat’ pula tu. juga mood pre-ramadhan memberikan ia suatu nafas yang baru.

tentang surah al-‘asr. selalu kalau selepas tamatnya apa-apa majlis ilmu, pengerusi majlis akan akhirkan ia dengan tasbih kafarrah dan surah al-‘asr. sebenarnya, yang sunnah cuma membaca tasbih kaffarah, seperti yang termaktub di dalam hadith baginda;

“suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak tiga kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan di dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

tapi sahabat akan sambung dengan bacaan surah al-‘asr pada setiap pengakhiran majlis. kenapa agaknya sahabat bersungguh-sungguh nak baca surah al-‘asr ni? mari kita semak tiga ayat yang terkandung dalam surah ini. meski cuma tiga ayat, tapi bilamana datangnya ayat-ayat itu daripada Allah ternyata punya mesej dan panduan yang sangat-sangat mendalam buat kita. dan ini begitu difahami oleh para sahabat.

1) ‘wa’ yang kita tahu selalu bermaksud ‘dan’, tapi ‘wa’ dalam permulaan ayat surah ni adalah suatu sumpah. ‘demi’.

Allah telah bersumpah dengan masa dalam ayat ini. sumpah yang sangat signifikan dan besar maknanya. juga, besarnya manfaat masa tu sendiri.

2) ‘Innal insaana la fi khusr’;

“inna” bermaksud sungguh, “al-insaana” merujuk kepada manusia seluruhnya, manakala “la” bukan bermaksud ‘tidak’, tapi merupakan suatu unsur penegasan – “sungguh-sungguh” , “fi khusr” – dalam kerugian.

jadi mesej sebenar yang Allah firmankan dalam ayat ini, ‘sungguh, manusia itu sungguh-sungguh berada dalam kerugian’. dalam bahasa melayu seperti kombinasi tiga superlatif ‘sangat-amat-terlalu’ dalam satu ayat.

seolah-olahnya, kalau ada lubang, manusia ni bukan sekadar terjatuh dalam lubang tu je, bahkan bergolek-golek jatuh sampai ke dasar lubang yang dalam dan gelap tu! truly, deeply!

sahabat rasa sangat-sangat berada dalam kerugian selepas majlis ilmu tu, kecuali jika mereka mengamalkan empat perkara.

i) beriman,

ii) beramal soleh,

iii) buat dakwah (nasihat-menasihati kepada kebenaran), dan

iv) bersabar; kenapa kena bersabar? sebab bila buat dakwah akan ada ujian dan tribulasinya, apatah lagi berurusan dengan manusia yang pelbagai ragamnya ni. sifir dakwah memang begitu, akan diuji. seperti kisah-kisah para nabi yang pernah kita telusuri. jadi bersabar adalah ubatnya.

naqibah pesan, kalau kita suka rehat-rehat, kita akan mencampakkan diri kita dalam jurang kebinasaan – sedalam-dalamnya! dan menjadikan diri kita hina sehina-hinanya! naudzubillahhh.. sebab kerehatan dan masa lapang adalah punca kemaksiatan dan kelalaian bagi seorang da’ie. (da’ie juga seorang manusia, yes? yang vulnerable kepada tarikan-tarikan jahiliyah dan ajakan syaitan. sebab itu tips menghalang daripada kelalaian adalah melaksanakan keempat-empat perkara tersebut)

benar. kalau kita tidak disibukkan oleh islam/dakwah, kita akan disibukkan oleh jahiliyah, kemungkaran, kebathilan. saya sangat insaf dengar sharing ayat ini. allahu rabbi, setahun saya duduk di rumah sejak november tahun lalu, tolak 3-5 bulan ; terlantar di hospital + proses berjalan dan dapat kekuatan berjalan semula.

apakah yang telah lakukan sepanjang tempoh kelapangan waktu ini? apakah benar-benar telah terhapus dosa-dosa saya dengan kesakitan yang telah saya lalui salam tempoh ini? apakah semakin meningkat darjat saya di sisi Allah? apakah telah bertambah ilmu saya tentang islam? apakah amalan saya yang bertambah? rasa seperti mahu menangis semahu-mahunya mengenangkan semua. ya Allah, banyaknya nikmatmu yang telah aku dustai! nikmat masa lapang itu!

sebab itu, ramadhan ini, niat saya untuk memulakan semuanya semula. i want to start it all over again.

mahu menjadi saya yang tidak akan bertangguh-tangguh terhadap kebaikan;

saya yang cuba sedaya-upaya untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki – to the best of my ability!

saya yang lebih akrab dengan alquran, dan berakhlak dengannya;

saya yang sentiasa rendah hati;

saya yang memiliki Dia di dalam setiap sudut hati..

ameen ya rabb!

bila refleksi kembali sirah nabawiyah, selepas peristiwa hijrah dari mekah ke madinah.. di madinah sahabat benar-benar disibukkan dengan islam. tidak dicaknakan pun dengan hal-hal duniawi seperti harta benda, keluarga, kebun-kebun, tanah; sebab dah ditinggalkan di mekah. so, nak katanya.. untuk sebuah permulaan baru yang lebih baik, yang lebih akrab ilallah.. wajarlah untuk seseorang itu berhijrah. dengan sebenar-benar hijrah.

boleh jadi hijrah fizikal.. dari tempat tinggal yang lama, kepada yang baru. (semoga dipermudahkan urusan badarians untuk cari rumah islam (r.i) yang baru, allahumma ameen!)

dari tudung yang singkat, kepada yang lebih memelihara.

and the list goes on.

dan yang paling penting sebenarnya, hijrah hati.

ramadhan yang hadir adalah masa yang terbaik untuk perbaharui taubat.. juga memohon hati yang baru, hati yang lebih mensyukuri nikmat-nikmatNya, yang lebih khusyuk melunak mengingati Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s