Hidup

Sekarang tengah posting Surgery. Suka sangat posting surgery sebab ada Dr Rashmi Patel yang sangat passionate and bersemangat tu. Dr Rashmi suka involvekan students untuk assist/observe surgical procedures,discussions, selalu nak students dapat yang terbaik; especially perkara-perkara yang berkaitan management di hospital kami. Jumaat lepas pertama kali dapat tengok live laparoscopic cholecystectomy surgery. Laparoscopic surgery ni maksudnya pembedahan tu bukan yang belah-belah abdomen yang macam selalu kita ketahui tu,tapi teknik moden in which surgeon akan tebuk beberapa bahagian kat bahagian abdomen..perut lah usually. Masukkan surgical instruments khas through tebukan-tebukan tu, beserta kamera yang akan diconnectkan ke monitor. Jadi surgeon akan conduct surgery melalui imej dalam abdomen yang terpapar pada skrin monitor tersebut.

Masa kamera mula-mula dimasukkan ke dalam abdomen, Dr Rashmi pun bawak students ‘jalan-jalan’ sekejap dalam badan. Kitorang pun tengok lah kat skrin tu.. Subhanallah, cantik sangat pemandangan dalam badan. Ada salur darah(vessels) dan nampak darah yang sedang mengalir dalamnya, halus sangat salur darah-salur darah tu. Banyak salur darah, berselirat. Dinding abdomen (abdominal wall)pula pinkish yang sangat cantik keseluruhannya. Subhanallah.. Jantung tak nampak, sebab kedudukannya pada mediastinum, bukan abdomen. Nampak living liver.. hati yang hidup. Yang sedang berfungsi. Hati.. organ yang menjadi pusat metabolism tubuh secara perubatannya.

Spontan saya terkenangkan masa first year dulu, saya pernah pegang liver cadaver(mayat). Liver yang dah mati, yang dah tak berfungsi, yang dah hitam, yang busuk,yang berat.. Begitulah juga agaknya ya perbandingan qalbun yang hidup dengan qalbun yang mati. Perbandingan yang sangat ketara dan ‘nampak’.

(Qalbun) Hati yang hidup, pasti berfungsi dan menggerakkan seluruh anggota yang lainnya. Hati yang hidup, pasti mampu menyingkirkan ‘bahan-bahan’ yang tak perlu, yang toksik kepada tubuh. Sebab kalau tak disingkirkan, akan memudaratkan seluruh tubuh dan menyebabkan penyakit-penyakit sistemik yang pelbagai. Hati yang hidup…

Bila hati mati.. jasad berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk, membaca al-Quran dan berusaha menumpukan perhatian, akan tetapi ketika meraba-raba hati,  hati tetap tuli dan tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Akal fikiran cerdas berfikir, bekerja, hidup dan menunjukkan kewujudannya.. tetapi ketika ingin menghayati semua itu pada hati, sama sekali tidak menjumpainya. Lantas, seluruh  kehidupan pun tak terpengaruhi.  Sibuk menasihati orang lain,’begitu.. begini..’ tapi hati sendiri tak terkesan pun. Hati yang mati, tersenyum kala mendengar berita gembira; juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Tapi kegembiraan dan kesedihan itu hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hati tetap diam tak bergoncang.. Astaghfirullahal’adzim..astaghfirullahal’adzim..Takut sangat, jasad sibuk ke sana ke mari, tapi tidak menurutsertakan hati. Lagi takut kalau sekadar bergerak ‘ikut arus’ atau go with the flow je setiap hari..

Beberapa hari sebelumnya, murabbiah kami membacakan kepada kami surat seorang rijal tanpa hati kepada Imam Assyahid Hassan Al-Banna dalam usrah. Subhanallah..cantik kan susunan Allah tu. Kemudian dapat pula tengok laparoscopic cholecystectomy dua hari selepasnya. Salah satu jawapan ISHAB yang mengesani saya,”Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy”

Berdoalah..berdoalah..semoga kita ini tergolong dalam orang-orang yang hidup hatinya. Yang selalu terhubung dengan langit.. Yang bergerak dan menggerakkan.. Sedangkan alam yang kering tandus pun, Allah datangkan hujan dan menghidupkannya semula.. apatah hati kecil kita yang berada di dalam dada..

“Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau kesuatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” – Al-A’raf ; 57
Tak mahu jadi robot, yang menjalani hidup.. tanpa ruh dan hati.Teringat status FB seorang ukhti,”jika hidup terasa beban, bangunkan jiwa. Cari kembali keindahan di hati. Semoga ujian-ujian kecil tak menekan emosi

Advertisements

Hijrah Ini

dalam hadis satu yang menceritakan tentang pentingnya niat untuk segala sesuatu amal, mesej lain yang boleh diambil daripadanya ialah tentang hijrah. perlunya hijrah untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. dalam seerah nabawiyah sendiri, selepas sahabat-sahabat ditarbiyah oleh Rasulullah SAW di makkah selama 13 tahun, turunnya wahyu untuk penghijrahan ke madinah. sebab, perlunya mereka kepada sebuah tempat baru untuk mengamalkan islam yang telah diajarkan.

alhamdulillah, thummalhamdulillah dah dua minggu setelah kembali semula ke India. jujur saya katakan, sesampainya saya ke rumah baru yang akan saya duduki, selepas solat maghrib saya terduduk dan menangis.. takut mengenangkan semua kehidupan baru yang bakal saya jalani. takut memikirkan tentang hari esok. takut membayangkan ujian-ujian yang akan didepani. semuanya bercampur aduk. saya menangis dalam doa-doa yang panjang seusai solat..

akan masuk batch yang baru.. rakan-rakan seperjuangan baru yang kebanyakannya junior.. akan tinggal di rumah yang baru bersama akhawat.. rutin hidup yang baru.. kehidupan dengan kaki yang ‘baru’… mungkin kedengarannya remeh je kerisauan-kerisauan yang menerpa tersebut. ala maklumlah, setahun beristirahat di rumah kemudian perlu menghadapi kehidupan dengan cabaran yang bertubi-tubi kini. kata seorang sahabat, ‘ala.. jangan risau mira, semua orang nak tolong kau nanti,’ tapi tetap juga kerisauan yang bergumpal itu buat hati ini jadi berbolak-balik, jadi gementar, jadi tak yakin.. lalu datanglah segala ketakutan-ketakutan tersebut.

tetapi setelah itu serta-merta Allah mencampakkan ketenangan dalam hati saya, seolah-olah memujuk.. bukankah engkau telah ditarbiyah dalam pelbagai cara di malaysia, setahun yang lalu? bukankah semuanya itu adalah persiapan terhadap jiwamu untuk menghadapi hari-hari mendatang yang kau khuatirkan itu? bukankah selama ini dalam saat-saat sukar Allah telah bersama-sama denganmu, bahkan sekarang pun Dia tetap juga bersamamu? bukankah kau ada Allah yang telah menyusunkan semuanya ini untukmu? jadi, tenanglah.. tenang.

subhanallah. indah sangat perasaan itu saat hadirnya bisikan-bisikan yang membelai hati. saya kemudian terkenangkan surah ad-dhuha dimana Allah dengan nada memujuk mendakap jiwa dan perasaan rasulullah SAW yang ketika itu sedang bergolak setelah diprovok oleh kaum musyrikin, ‘Tuhanmu telah meninggalkanmu!’ tidak, bahkan Allah tidak pernah langsung meninggalkan kita semua..

kini setelah dua minggu berlalu, saya terlalu bersyukur dikurniakan akhawat yang banyak menghulurkan bantuan, yang support dari pelbagai sisi.. juga teman-teman seposting di hospital yang baik hati dan memahami, membantu saya dalam proses adaptasi perasaan dan diri. walaupun saya berharap untuk bertukar ke hospital yang lebih dekat, berulangkali saya menzikirkan doa yang diajarkan oleh Allah kepada nabi nuh dalam surah almukminun ayat 29.. alhamdulillah.. saya masih di hospital yang sama, tidak dapat bertukar hospital. namun saya mengimani bahawa Allah lah sebaik- baik pemberi tempat, dan saya redha.. berada di hospital yang sama, namun dalam keadaan dan semangat yang jauh lebih baik, alhamdulillah…

bila dimuhasabahkan kembali.. kerisauan-kerisauan dan ketakutan-ketakutan yang pernah hadir itu mungkin kerana saya meletakkan kemampuan tu solely pada diri sendiri.. memanglah menakutkan, sebab kita tidak mampu melihat masa depan! masa depan yang memang bukan milik kita, dan semua andaian-andaian itu memang terlalu menggusarkan hati dan meragut emosi.

tapi bila kita benar-benar menggantungkan harapan kepada Allah.. semuanya akan kelihatan ‘fall into places, perfectly’.. subhanallah..

dalam flight tempohari, sempat saya refleksi terhadap pelbagai peristiwa yang telah berlaku dalam hidup saya.. saat saya menelusuri semua peristiwa tersebut, meskipun setelah bertahun-tahun.. semuanya seperti satu chain of events yang sangat teratur! Allah menyusunkan semuanya dengan caraNya yang terbaik dan paling indah.. dan doa-doa saya sedang dan telah dikabulkan satu persatu, dalam tempoh tersebut..

subhanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar.. saya tidak pernah terbayang pun bahawa saya akan undergo pembedahan sesegera dan seawal ini, tidak pernah terbayang untuk tangguh pengajian selama setahun, tidak pernah terbayang untuk menjalani kehidupan hari ini.. yang ternyata lebih baik daripada yang pernah saya lalui sebelum ini. ternyata, atas semua nikmat-nikmat datang juga bersamanya ujian-ujian yang memang khusus dan ‘tailor-made’ untuk kita. tapi inshaAllah, “with Allah, we can” 😉

Allah-lah yang mengaturkan hijrah yang indah ini.. semoga Dia menjadikan saya hamba yang sentiasa bersyukur dan terus memberi kekuatan untuk melangkah, berjalan dan berlari terus-menerus sehingga bertemu Allah di syurgaNya nanti.. Amin.