Mari Berperasaan..

bismillah. lamanya tak menulis di sini. dengan kehadiran laman-laman sosial ‘Instagram‘, ‘Facebook‘, juga ‘Twitter’; perkongsian-perkongsian sering di sana sahaja; satu – kerana mudah dan segera ; di smartphone semata-mata serta tak perlu nak berlama-lamaan menghadap skrin komputer menaip. dua – dah kurang dwell dengan perasaan sendiri gamaknya, kurang observant tentang hidup –  jadi tak terasa nak menulis apatah lagi berkongsi. pendek kata, saya semakin jauh dari dunia penulisan. penulisan novel tarbiyah yang saya mulakan setahun lepas pun sudah tergendala di bab lima; ah, moga-moga tak terkubur begitu saja. insyaallah, doakan.

baru-baru ini saya semakin terasa kerelevanan (if there’s such a word)  untuk menulis semula. sebelum-sebelum ini, saya akui saya masih tercari-cari identiti penulisan, masih ada unsur keliru dengan niat menulis (despite of all the writings that i had posted, astaghfirullah), masih disesakkan dengan technicality i.e.blogspot/wordpress, theme blog, tema blog dan sebagainya (haha kelakar betul bab ni, perkara furu’ semuanya. huh). namun setelah melalui beberapa siri krisis dan konflik iman bulan-bulan yang lalu, serta setelah memuhasabahkan mutabaah amal yang compang-comping terutamanya kurangnya bacaan fikrah dan pentadabburan secara kritikal untuk dzatiyah sendiri.. asas penulisan tentulah pembacaan, jadi kalau dah mula ada ‘writer’s block’ atau buntu nak share apa, tentulah atas kekurangan yang asas tersebut. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. saya telusuri tulisan-tulisan yang lama, status-status FB yang lama, betapa sebenarnya tulisan-tulisan itulah yang menghidupkan hati saya sendiri, yang menguatkan diri saya sendiri, mengukuhkan kefahaman saya sendiri sebelum yang lainnya. manusia memang membaca (kalau ada yang masih sudi membaca);  tetapi yang paling dekat dengan tulisan-tulisan tersebut tentulah diri saya sendiri.

minggu lepas kami ke mysore; daurah generasi alquran yang unik untuk adik-adik. saya diberi tanggungjawab untuk berkongsi sesuatu selepas malam sesi persembahan adik-adik tentang kisah hidup 5 sahabat yang berbeza. saya kongsikan tentang pengislaman umar al-khattab, bagaimana beliau tersentuh dengan surah taha ayat 1 hingga 14. satu perkara yang saya nampak, bila kita cakap pasal alquran dan bagaimana alquran ini telah berjaya mengubah para sahabat menjadi generasi yang sangat-sangat hebat, kuncinya dapat dilihat daripada bagaimana para sahabat itu berperasaan terhadap alquran.

yes, mereka memiliki perasaan terhadap alquran; takut dengan azab-azab neraka, teruja terhadap gambaran-gambaran syurga; khuatir dengan ciri-ciri kemunafikan yang Allah listkan; bukankah semuanya ini perasaan-perasaan terhadap apa yang dibicarakan alquran? dan semua perasaan-perasaan tersebutlah yang membawa mereka untuk bersungguh-sungguh dan bermotivasi dalam kehidupan! subhanallah. dan secara psikologinya pun, tindakan-tindakan manusia semuanya dipandu oleh gumpalan-gumpalan perasaan yang bermukim di dada.. even asy-syahid sayyid qutb sendiri, dalam muqadimah zilal di setiap perenggannya beliau memulai dengan “aku hidup di bawah bayangan alquran…” asy-syahid benar-benar mampu merasai gambaran yang hidup pada setiap babak-babak dalam alquran, kemudian menghidupkannya dalam hidup beliau sendiri.. kagum. kita pula sekarang semakin lemah dengan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan yang entah apa-apa, sedangkan alquran membawa kita untuk berperasaan terhadap perkara-perkara yang lebih besar daripada sekadar apa-apa yang kita rasai saban hari..

marilah, kita halatujukan semula perasaan-perasaan kita. benar setiap hari adalah mujahadah, tetapi seringnya saya kalah dalam perjalanan mujahadah saya sendiri. saya tahu allah nampak semuanya, semuanya. dan ternyata seribu kesalahan-kesalahan dalam kehidupan ini sangat mematangkan diri untuk meneruskan perjalanan. semoga yang dikumpul di sini nanti bukan cuma koleksi-koleksi tulisan, tetapi kronologi kehidupan sang hamba yang hina dalam mencari cinta Tuhan..

Advertisements

One thought on “Mari Berperasaan..

  1. memang bila baca balik blog sendiri, hati sendiri jugak yang dihidupkan semula. dan akan rasa, “mana aku yang dulu?” walaupun dulu ilmu masih cetek, fikrah tak jelas, tapi tetap bersemangat. sangat suka last line awak. bukan cuma koleksi-koleksi tulisan, tetapi kronologi kehidupan.. yang melalui proses kematangan dalam tarbiyah inshaAllah 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s