nota #1 : al-‘asr ayat 1-3

malam jumaat yang lalu kami mendalami surah al-‘asr dalam usrah. saya pernah dapat sharing ayat ni masa kat india dulu, menerusi daurah online. tapi kali ini merupakan revisi yang sangat bermakna buat saya. mungkin sebab setting tempat adalah dalam masjid, usrah ‘darat’ pula tu. juga mood pre-ramadhan memberikan ia suatu nafas yang baru.

tentang surah al-‘asr. selalu kalau selepas tamatnya apa-apa majlis ilmu, pengerusi majlis akan akhirkan ia dengan tasbih kafarrah dan surah al-‘asr. sebenarnya, yang sunnah cuma membaca tasbih kaffarah, seperti yang termaktub di dalam hadith baginda;

“suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak tiga kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan di dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

tapi sahabat akan sambung dengan bacaan surah al-‘asr pada setiap pengakhiran majlis. kenapa agaknya sahabat bersungguh-sungguh nak baca surah al-‘asr ni? mari kita semak tiga ayat yang terkandung dalam surah ini. meski cuma tiga ayat, tapi bilamana datangnya ayat-ayat itu daripada Allah ternyata punya mesej dan panduan yang sangat-sangat mendalam buat kita. dan ini begitu difahami oleh para sahabat.

1) ‘wa’ yang kita tahu selalu bermaksud ‘dan’, tapi ‘wa’ dalam permulaan ayat surah ni adalah suatu sumpah. ‘demi’.

Allah telah bersumpah dengan masa dalam ayat ini. sumpah yang sangat signifikan dan besar maknanya. juga, besarnya manfaat masa tu sendiri.

2) ‘Innal insaana la fi khusr’;

“inna” bermaksud sungguh, “al-insaana” merujuk kepada manusia seluruhnya, manakala “la” bukan bermaksud ‘tidak’, tapi merupakan suatu unsur penegasan – “sungguh-sungguh” , “fi khusr” – dalam kerugian.

jadi mesej sebenar yang Allah firmankan dalam ayat ini, ‘sungguh, manusia itu sungguh-sungguh berada dalam kerugian’. dalam bahasa melayu seperti kombinasi tiga superlatif ‘sangat-amat-terlalu’ dalam satu ayat.

seolah-olahnya, kalau ada lubang, manusia ni bukan sekadar terjatuh dalam lubang tu je, bahkan bergolek-golek jatuh sampai ke dasar lubang yang dalam dan gelap tu! truly, deeply!

sahabat rasa sangat-sangat berada dalam kerugian selepas majlis ilmu tu, kecuali jika mereka mengamalkan empat perkara.

i) beriman,

ii) beramal soleh,

iii) buat dakwah (nasihat-menasihati kepada kebenaran), dan

iv) bersabar; kenapa kena bersabar? sebab bila buat dakwah akan ada ujian dan tribulasinya, apatah lagi berurusan dengan manusia yang pelbagai ragamnya ni. sifir dakwah memang begitu, akan diuji. seperti kisah-kisah para nabi yang pernah kita telusuri. jadi bersabar adalah ubatnya.

naqibah pesan, kalau kita suka rehat-rehat, kita akan mencampakkan diri kita dalam jurang kebinasaan – sedalam-dalamnya! dan menjadikan diri kita hina sehina-hinanya! naudzubillahhh.. sebab kerehatan dan masa lapang adalah punca kemaksiatan dan kelalaian bagi seorang da’ie. (da’ie juga seorang manusia, yes? yang vulnerable kepada tarikan-tarikan jahiliyah dan ajakan syaitan. sebab itu tips menghalang daripada kelalaian adalah melaksanakan keempat-empat perkara tersebut)

benar. kalau kita tidak disibukkan oleh islam/dakwah, kita akan disibukkan oleh jahiliyah, kemungkaran, kebathilan. saya sangat insaf dengar sharing ayat ini. allahu rabbi, setahun saya duduk di rumah sejak november tahun lalu, tolak 3-5 bulan ; terlantar di hospital + proses berjalan dan dapat kekuatan berjalan semula.

apakah yang telah lakukan sepanjang tempoh kelapangan waktu ini? apakah benar-benar telah terhapus dosa-dosa saya dengan kesakitan yang telah saya lalui salam tempoh ini? apakah semakin meningkat darjat saya di sisi Allah? apakah telah bertambah ilmu saya tentang islam? apakah amalan saya yang bertambah? rasa seperti mahu menangis semahu-mahunya mengenangkan semua. ya Allah, banyaknya nikmatmu yang telah aku dustai! nikmat masa lapang itu!

sebab itu, ramadhan ini, niat saya untuk memulakan semuanya semula. i want to start it all over again.

mahu menjadi saya yang tidak akan bertangguh-tangguh terhadap kebaikan;

saya yang cuba sedaya-upaya untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki – to the best of my ability!

saya yang lebih akrab dengan alquran, dan berakhlak dengannya;

saya yang sentiasa rendah hati;

saya yang memiliki Dia di dalam setiap sudut hati..

ameen ya rabb!

bila refleksi kembali sirah nabawiyah, selepas peristiwa hijrah dari mekah ke madinah.. di madinah sahabat benar-benar disibukkan dengan islam. tidak dicaknakan pun dengan hal-hal duniawi seperti harta benda, keluarga, kebun-kebun, tanah; sebab dah ditinggalkan di mekah. so, nak katanya.. untuk sebuah permulaan baru yang lebih baik, yang lebih akrab ilallah.. wajarlah untuk seseorang itu berhijrah. dengan sebenar-benar hijrah.

boleh jadi hijrah fizikal.. dari tempat tinggal yang lama, kepada yang baru. (semoga dipermudahkan urusan badarians untuk cari rumah islam (r.i) yang baru, allahumma ameen!)

dari tudung yang singkat, kepada yang lebih memelihara.

and the list goes on.

dan yang paling penting sebenarnya, hijrah hati.

ramadhan yang hadir adalah masa yang terbaik untuk perbaharui taubat.. juga memohon hati yang baru, hati yang lebih mensyukuri nikmat-nikmatNya, yang lebih khusyuk melunak mengingati Allah.

Advertisements

keyakinan itu.

banyak point yang mengesankan saya dalam talk prof tariq ramadhan di UIA gombak, malam tadi. “In the footsteps of the Prophet : How Muslims should contribute to the world”

 

ada empat kualiti yang Allah tarbiyah rasulullah dalam hidup baginda, yang mengubah diri baginda dan cara pandang terhadap kehidupan. kualiti yang sangat penting, yang kurang dalam jiwa umat hari ini. cuma nak sentuh satu kualiti, tentang keyakinan (confidence).

 

kualiti keyakinan yang dimaksudkan bukannya tahap keyakinan kita terhadap diri kita, tetapi kita yakin bahawa “la hawla wala quwwata illa billah”; yakni tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

 

tentang kebergantungan terhadap Maha Perkasanya Allah.

tentang konsep sebenar kalimah “tawakkal ‘ala Allah.”

bahawa kita ni memang tak capable nak buat apa-apa pun tanpa pertolongan Dia.

 

kadang-kadang muncul rasa takut, gelabah, cuak.. bila nak buat sesuatu.

cuak nak masuk exam, cuak bila nak present, ragu-ragu nak buat dakwah sebab rasa diri serba kurang, takut nak masuk dewan bedah (heh!) .. terasa semuanya seperti membebankan!

 

kita ni memang lemah pun.. maka wajar je untuk muncul perasaan-perasaan tu semua. mungkin waktu itu kerana kurangnya kebergantungan hati kepada Allah, tetapi lebih kepada diri sendiri, kepada usaha sendiri.

 

prof tariq ambil contoh masa wahyu diturunkan, 3 kali jibril suruh rasulullah baca..

“iqra’!”

“tak, aku tak tahu baca..” kata Rasulullah. baginda tak yakin nak baca, sebab baginda buta huruf (‘ummi).. kali keduanya, pun Rasulullah tak mampu baca..

 

bayangkan bila kita memang tak tahu membaca, tapi disuruh membaca seperenggan cerita – masa ujian lisan, berdua je dengan cikgu. mestilah kita down, tergagap, terkelu.. last-last kita akan cakap kat cikgu, “cikgu, saya tak tahu baca sebenarnya!” sobs sobs.

 

kemudian, bila jibril kata, “iqra’ bismi robbika…” bacalah dengan nama Tuhanmu ….

 

seolah-olahnya Allah nak sampaikan..

 

ini kata-kata prof tariq;

“even if you can’t read on your own, with Me, you can”..

“even if you can’t change the world on your own, with Me, you can”

sangat tersentuh bila Prof Tariq Ramadhan huraikan point yang ini. :’)

 

bila rasa ragu-ragu, rasa tak mampu.. kembalikanlah kebergantungan hati kepada Allah. sebab, selama-lamanya kita rapuh dan lemah tanpa pertolongan dan bantuan daripada Dia. semoga hati tak sombong untuk terus sering berharap padaNya.

 

tolehlah ke belakang, pada masa-masa lalu… betapa banyaknya pertolongan yang telah Allah berikan kepada kita.

 

la hawla wala quwwata illa billah, ya rabbi!

 

perkongsian sederhana,

22:09

melaka

 

A Meaningless Life

So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even when they’re busy doing things they think are important. This is because they’re chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning.

I knew he was right.

page 43, Tuesdays with Morrie, Mitch Albom

——–

“Agak-agak awak lah kan, dalam dunia sekarang ni, apakah kemungkaran terbesar seseorang manusia tu,” tanya Ustaz Femes di suatu konferens riang, sebagai mukadimah pengisiannya.

Riuh rendah perbincangan. Ada yang kata couple, minum arak, clubbing, pergaulan bebas, berzina, buang anak, hisap dadah, merompak, membunuh, dan seterusnya.

“Mungkin betul, tapi itu cuma cabang-cabang kemungkaran. Kemungkaran utama ialah; bila seseorang tu tak tahu tujuan hidupnya”

Oh (?)

Bila tujuan kenapa Allah ciptakan kita tidak difahami, itulah punca ‘a meaningless life‘ (baca: hidup yang tak bermakna). Bila life mula rasa meaningless, mulalah buat macam-macam untuk konon-kononnya mengisi hidup yang semakin dirasakan bosan dan hambar. Lantas berlakulah cabang-cabang kemungkaran yang telah dinyatakan.

Adakalanya hari-hari yang berlalu sekadar dipenuhi rutin harian yang berulang, berulang, berulang, dan berulang… sampai… mati menghadap Tuhan. Erk?

Video ini.

Progressing

Alhamdulillah ‘ala kulli haal, semalam 2nd appointment dengan doktor selepas 9minggu pasca pembedahan.. Buat X-ray untuk assess current bone condition, doktor tersenyum lebar, “I am happy and satisfied with your progress up to this 9th week”

Sekarang dah boleh jalan- jalan tanpa tongkat dan wheelchair dalam rumah, tapi bila di luar masih guna satu crutch je (before, it was a pair of crutches) sebab kestabilan masa berdiri tu masih kurang.

Setelah sebulan cuma duduk atas kerusi roda dan pergerakan yang limited, progression ini sangat-sangat menggembirakan. Alhamdulillah. Sepatutnya by 6weeks dah boleh dibenarkan berjalan dan buat fisioterapi, tapi disebabkan pembedahan untuk kaki kiri yang lalu agak kompleks dan rumit, so the healing process is longer than usual too.

Bersabar, bersabar. Hehe. No wonder lah there is a saying “Patience is how you behave while waiting“. So, it is about attitude. Bagaimana kita bersikap dalam menjalani takdir Tuhan. Jujur mengaku, saya memang tersangat kurang sabar dalam menunggu. Tak suka sangat tunggu apa-apa pun. Huhu. Rupa-rupanya itu salah satu tarbiyah yang Allah nak bagi kali ni. Fuh dah sembilan minggu immobile kat rumah, bulatan gembira pun kat rumah je, sapa yang tahan beb berlegar-legar dalam rumah terkurung tak melihat dunia.. ok, over. -_-‘ Tapi sekarang dah boleh jalan-jalan kat Jusco teman ibu shopping, pergi MPH beli buku guna baucar 1 Malaysia tu, dah boleh join usrah kat kedai makan (hehe), dah boleh dating ngan akhawat kat restoran.. Alhamdulillah.

Agak segan sebenarnya walking in the public area pakai tongkat, itu ternyata merudumkan confidence level.. huhuhu. Tapi haritu, masa jalan beriringan dengan ibu beserta bisikan-bisikan tak best dalam hati sebab kena pakai tongkat jalan-jalan kat mall, tiba-tiba ada sorang gadis cina lalu kat sebelah saya, yes betul- betul sebelah saya. Dan dia pun pakai a pair of crutches juga, dengan hanya satu kaki! Subhanallah wa astaghfirullah, tazkirah direct daripada Allah.. Jangan nak bersungut merungut apa pun. *Baikkk! Isbir, Isbir!* So siapa-siapa yang duduk around Melaka nak dating sembang-sembang, sharing-sharing, keluar-keluar (akhawat only), jomla..  Fahamilah perasaan duduk sorang-sorang kat rumah 5 days a week every 7am to 4pm. huhu.

A Life

“Sampai bila saya nak tengok je Al-quran ni tanpa boleh baca, pakcik?”

“ilmu AlQuran ni bukan sekadar membaca je. Tapi ia harus diamalkan dan dihayati apa yang terkandung tersurat dan tersirat”

“Allah dah turun kan bala untuk kita sedar… kamu tidak, tuntut sana tuntut sini”

“Ya Allah… mcmana nak sembahyang?”

“oh, dah tua ganyut dah nak mati esok, baru nak cari agama lah ye? kalau kamu mati, apa kamu nak jawab dgn Allah?”

“Allah sentiasa menerima Taubat orang yang benar2 inginkan kebaikan.. perlahan-perlahan, insyaAllah akan sampai waktunya”

“Terima kasih ajar saya pasal Islam. Yelah, Islam tu sendiri sebuah kehidupan. Saya rasa tenang sekarang”

Ni antara petikan-petikan drama yang saya tonton semalam; drama sempena Maulidur Rasul. Bukanlah ingat setiap dialog tu, tapi sebab sambil tengok sambil tweet. Hehe. Bagi saya, mendalam mesej yang ingin disampaikan.

Ada harga yang perlu dibayar untuk sebuah hidayah.
Ada usaha yang perlu tercurah.
Ada langkah yang perlu diturutkan untuk berubah.
Ada bekalan yang perlu dikutip sepanjang jalan untuk kekal istiqamah.

Siapa yang tak sempat tengok semalam, boleh klik link ni : Runtuhnya Sebuah Dosa

Bestnya perasaan saat mula-mula disapa Allah untuk kembali pada Dia!

Wahai orang-orang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyeru kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu” (Al-Anfaal : 24)

Watak Manissa mungkin sebuah watak yang pada awalnya tidak menyahut seruan tu.

Shahdan watak yang menyesal sebab tak pernah sahut seruan tersebut sepanjang hayatnya.

Can’t deny, TV boleh jadi satu medium yang baik untuk mendekati masyarakat since zaman sekarang ni semua orang teramat mencintai hiburan.

Peranan

Dalam apa jua kondisi pun, peranan diri di mata Tuhan takkan pernah berubah.
Rindu ini, biarlah yang menguatkan; bukan yang melemahkan.”
Dan rindu ini, bukan lagi ekspresi emosi tetapi adalah suatu ekspresi tanggungjawab.
Dan kau bertanya, “Rindu adalah tanggungjawab?”
Ya, tanggungjawab.
Kerana suatu masa nanti dengan izin Tuhan yang menurunkan hujan ini, kita akan bertemu..
Hujan yang kini sedang menyirami pohon-pohon rindu di sanubari..
Hujan yang menyuburkan segala rasa dan harap..
Dan saatnya kita melunaskan rasa rindu kita itu, kita akan berkongsi beban peranan ini bersama-sama.. bukan sendiri..
Walau hakikatnya kita tak pernah sendiri.
Sementara waktu berlalu, penantian tak bererti sia-sia.
Kau, dan aku.. sedang berperanan.
Berperanan dalam tanggungjawab.

“Hujan, kau ingatkan aku tentang satu rindu.. di masa yang lalu, saat mimpi masih indah bersamamu..”

Semoga Allah terus mempermudahkan kalian, akhowatku!

Allahumma thabbitna ‘ala deenik.

Layankanlah mode jiwang hujan-hujan ni. heheh

Apa khabarkah kalian di sana?

20120209-155126.jpg