of usrah #1.

ali bin abi talib radhiyallahu anhu pernah menyebut tentang kriteria murabbi/daie yang ideal.

“perkataan mereka ialah kebenaran, busana mereka ialah sikap bersahaja, dan langkah kaki mereka adalah tawadhu’. mata mereka tidak melihat apa saja yang diharamkan allah pada mereka dan mereka hanya menggunakan telinga mereka untuk ilmu yang bermanfaat bagi mereka. jiwa mereka tidak berubah, baik ketika mendapatkan musibah atau nikmat. ketika disiksa, mereka seperti melihat syurga dengan mata kasar. hati mereka tidak sedih dan tidak rungsing.

kebutuhan mereka tidak banyak dan jiwa mereka suci anti-mengemis-ngemis. mereka sabar selama hari-hari yang sebenarnya tidak lama dan hasilnya ialah mereka merasakan kebahagiaan berpanjangan yang tak berpenghujung. mereka dikejar dunia, tapi mereka menghindar darinyaa. mereka ditawan dunia, lalu mereka menebus dirinya dari tawanan dunia.

jika malam datang menjelang, mereka meluruskan kaki-kaki mereka, sementara mereka membaca al-qur’an dengan penuh kekhusyukan. jika mereka membaca tentang keindahan syurga, mereka senang dengannya, kerana mengkehendakinya. jika mereka membaca ayat tentang neraka dengan segala huru-haranya, mereka mendengarnya dengan sepenuh hati, hingga huru-hara dan esak sedu neraka jahannam terasa dekat dengan telinga mereka

sedang di siang hari, mereka orang-orang yang sabar, ulama, orang-orang soleh, dan orang-orang bertaqwa. mereka tidak puas dengan sedikit amal perbuatan mereka dan tidak menganggap amal perbuatan mereka banyak. mereka selalu menjadikan jiwa mereka sebagai tertuduh dan prihatin dengan amal perbuatan mereka yang banyak. jika seseorang menyanjung salah seorang dari mereka, ia berkata, “aku lebih tahu tentang diriku daripada selain aku dan tuhanku lebih tahu diriku daripada aku sendiri. ya allah, jangan hukum aku dengan apa yang mereka katakan tentang diriku, jadikan aku lebih baik dari sangkaan mereka tentang diriku, dan ampuni aku dalam hal-hal yang tidak mereka ketahui.”

ciri mereka yang lain ialah anda lihat agama mereka kuat, tegas sekaligus lembut, keyakinan mereka mendalam, rajin mencari ilmu, tahu sekaligus sabar, sederhana kala kaya, khusyuk ketika beribadah, tampil simpatik ketika miskin, sabar saat musibah, mencari rezeki halal, rajin memburu petunjuk, dan menggugah.

agenda mereka ialah bersyukur ketika berada di petang hari, dan berzikir ketika pada pagi hari. anda lihat cita-cita mereka pendek, hati mereka tunduk kepada allah, jiwa mereka qana’ah, segala urusan mereka mudah, agama mereka kukuh, syahawat mereka mati kutu, dan emosi mereka teredam. kebaikan bisa diharapkan dari mereka dan kejahatan tidak bersumber daripada mereka.

jika mereka berada di tengah-tengah orang lalai, mereka ditulis sebagai orang-orang yang berzikir. jika mereka berada di kumpulan orang-orang yang berzikir, mereka tidak ditulis sebagai orang-orang yang lalai. mereka memaafkan orang-orang yang yang menzalimi mereka, dermawan kepada orang-orang yang kedekut terhadap mereka, dan menyambung hubungan kekerabatan dengan orang yang memutuskan mereka. mereka tidak berkata kasar, perkataan mereka santun, kemungkaran mereka nil, kebaikan mereka mengalir terus, kontribusi mereka tak kunjung habis, dan kejahatan mereka hilang entah ke mana.

mereka tidak menggelabah ketika ada kucar-kacir, sabar saat sukar, dan bersyukur ketika senang. mereka mengaku sebelum saksi dihadirkan, tidak menyia-nyiakan apa saja yang dititipkan kepada mereka, dan tidak lupa dengan apa yang pernah diingatkan kepada mereka. mereka tidak memanggil orang lain dengan panggilan yang tidak baik., tidak menyakiti tetangga, tidak marah saat mendapatkan musibah, tidak terlibat dalam kebathilan, dan tidak keluar daripada kebenaran.

jika mereka diam, maka diam mereka tidak membuat mereka berduka. jika mereka ketawa, mereka tidak ketawa berdekah-dekah hingga suara mereka terdengar ke mana-mana. jiwa mereka kelelahan dalam berinteraksi dengan mereka, sedang orang lain merasa nyaman dengan mereka.”

—[petikan kata pengantar buku ‘profil murabbi ideal’, abdul hamid al-bilali]

————————

bila belek buku ‘profil murabbi ideal’, aku teringat, beberapa kali ada yang bertanyakan kepadaku, “mira kat malaysia ni, adik-adik usrah siapa pegang? tarbiyah derang camane?”

aku terdiam. bukan aku tidak punya adik-adik usrah, aku pernah mengendalikan usrah selama dua tahun sejak di tahun dua pengajian. tapi itu ketika aku belum tahu pun apa itu usrah. kenapa perlu usrah. kenapa aku pegang usrah. bahkan usrah yang kuhadiri ketika itu, tidak ubah seperti usrah zaman sekolah dulu; ada modul dan sekadar membaca daripada modul tersebut, terasa sungguh kering! masa tu, aku ingatkan memang sebegitulah konsep usrah. sekadar mendengar tazkirah. sekadar makan-makan, duduk-duduk, tengok video. aku menurut tanpa banyak soal. melazimi kehadiran dalam setiap pertemuan usrah kami.

jadi begitulah juga cara aku membawa usrah. aku pasti, seandainya adik-adik yang tiga orang itu tak ikut usrah yang aku kendalikan ketika itu pun, mereka akan mendapat input yang sama jika menghadiri tazkirah di surau saban malam. ataupun menonton puluhan video ceramah di youtube. betapa ‘ilmu-based‘nya pengisian dan usrah ketika itu rather than ‘tarbiyah-based‘.

ah, ternyata sangat besar peranan usrah sebenarnya. seorang ukhti pernah berkata dalam sebuah sharingnya,

saat kita membawa usrah, adakah kita rasa bahawa kita bertanggungjawab terhadap tarbiyah adik-adik ini? atau kita sekadar seronok membawa usrah?” usrah bukanlah sekadar trend.

kemudian ukhti tersebut berkata-kata lagi, “bila kita attend usrah kita, adakah kerana kita seronok jumpa each other, atau sekadar mahu ‘refreshkan iman’ , atau kita telah rasa bahawa kita lah batu-bata kepada sebuah bangunan islam itu , dan perlunya kita kepada usrah ini?

ceteknya pengetahuan dan kefahaman aku selama ini. rupanya usrah bukan sekadar suatu majlis ‘transfer ilmu’, tidak cukup kalau sekadar terasa ‘iman direcharge’ ketika berada di dalamnya.

ternyata, aku mula faham dan mengerti hakikat ini setelah bertahun-tahun allah mempersiapkan aku untuk sebuah kefahaman yang besar tersebut. setelah bertahun-tahun allah mempersediakan aku untuk sebuah tanggungjawab dakwah dalam ertikata sebenar. dan saat ini, tepat dua bulan sebelum aku kembali semula ke bumi maududiy aku sungguh berdebar-debar. kerana mengenangkan banyaknya nikmat yang aku perolehi ketika di malaysia ini sejak setahun lalu.. tak terhitung banyaknya untuk aku senaraikan satu persatu. dan bersama nikmat datangnya tanggungjawab; “with great nikmat, comes great responsibilities”!

paling penting, aku sangat terasa terhutang budi dengan manusia, dengan allah lebih-lebihlah lagi. aku yakin dan tersangat yakin, aku tidak akan mampu menjalani dua pembedahan yang lalu tanpa jalan-jalan yang telah allah mudahkan buatku. juga, aku pasti bahawa aku dan keluargaku tidak akan mampu menampung keseluruhan kos pembedahan tersebut tanpa perasaan yang telah allah campakkan dalam hati manusia-manusia yang telah berbaik hati untuk menyumbangkan dana demi menampung kos tersebut. allahu allah.

aku percaya, tidak ada cara lain untuk aku menterjemahkan rasa syukurku dan perasaan ‘terhutang budi’ku ini selain berbuat sesuatu untuk ummah ini. melibatkan diri untuk membina dan mentarbiyah manusia-manusia. mungkin inilah hikmahnya allah belum mengizinkan aku untuk memegang usrah sebelum ini. kerana allah mahu aku benar-benar mengerti dan faham kenapa aku perlu memikul tanggungjawab tersebut.. dan saat aku telah faham kenapa, aku pasti tidak lagi boleh lari ….

bukan mudah untuk memiliki peribadi seorang murabbi dengan segala kekurangan yang aku miliki, apatah lagi peribadi seorang murabbi yang ideal seperti yang telah didescribe oleh amirul mukminin ali bin abi talib r.a. di atas.

dan pasti ada sebab yang besar kenapa allah yang maha penyayang dan pemurah telah mempertemukan aku dengan ramadhan tahun ini; memasukkan aku dalam ‘madrasah tarbiyah’. madrasah atau universiti khusus dengan jemputan daripada allah sendiri. persiapan-persiapan sebelum aku kembali menjejakkan kaki ke medan juang sana… tegakah aku mendustai semuanya ini?

refleksi 13 Ramadhan 1433H

amirahsaryati

Advertisements

nota #1 : al-‘asr ayat 1-3

malam jumaat yang lalu kami mendalami surah al-‘asr dalam usrah. saya pernah dapat sharing ayat ni masa kat india dulu, menerusi daurah online. tapi kali ini merupakan revisi yang sangat bermakna buat saya. mungkin sebab setting tempat adalah dalam masjid, usrah ‘darat’ pula tu. juga mood pre-ramadhan memberikan ia suatu nafas yang baru.

tentang surah al-‘asr. selalu kalau selepas tamatnya apa-apa majlis ilmu, pengerusi majlis akan akhirkan ia dengan tasbih kafarrah dan surah al-‘asr. sebenarnya, yang sunnah cuma membaca tasbih kaffarah, seperti yang termaktub di dalam hadith baginda;

“suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak tiga kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan di dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

tapi sahabat akan sambung dengan bacaan surah al-‘asr pada setiap pengakhiran majlis. kenapa agaknya sahabat bersungguh-sungguh nak baca surah al-‘asr ni? mari kita semak tiga ayat yang terkandung dalam surah ini. meski cuma tiga ayat, tapi bilamana datangnya ayat-ayat itu daripada Allah ternyata punya mesej dan panduan yang sangat-sangat mendalam buat kita. dan ini begitu difahami oleh para sahabat.

1) ‘wa’ yang kita tahu selalu bermaksud ‘dan’, tapi ‘wa’ dalam permulaan ayat surah ni adalah suatu sumpah. ‘demi’.

Allah telah bersumpah dengan masa dalam ayat ini. sumpah yang sangat signifikan dan besar maknanya. juga, besarnya manfaat masa tu sendiri.

2) ‘Innal insaana la fi khusr’;

“inna” bermaksud sungguh, “al-insaana” merujuk kepada manusia seluruhnya, manakala “la” bukan bermaksud ‘tidak’, tapi merupakan suatu unsur penegasan – “sungguh-sungguh” , “fi khusr” – dalam kerugian.

jadi mesej sebenar yang Allah firmankan dalam ayat ini, ‘sungguh, manusia itu sungguh-sungguh berada dalam kerugian’. dalam bahasa melayu seperti kombinasi tiga superlatif ‘sangat-amat-terlalu’ dalam satu ayat.

seolah-olahnya, kalau ada lubang, manusia ni bukan sekadar terjatuh dalam lubang tu je, bahkan bergolek-golek jatuh sampai ke dasar lubang yang dalam dan gelap tu! truly, deeply!

sahabat rasa sangat-sangat berada dalam kerugian selepas majlis ilmu tu, kecuali jika mereka mengamalkan empat perkara.

i) beriman,

ii) beramal soleh,

iii) buat dakwah (nasihat-menasihati kepada kebenaran), dan

iv) bersabar; kenapa kena bersabar? sebab bila buat dakwah akan ada ujian dan tribulasinya, apatah lagi berurusan dengan manusia yang pelbagai ragamnya ni. sifir dakwah memang begitu, akan diuji. seperti kisah-kisah para nabi yang pernah kita telusuri. jadi bersabar adalah ubatnya.

naqibah pesan, kalau kita suka rehat-rehat, kita akan mencampakkan diri kita dalam jurang kebinasaan – sedalam-dalamnya! dan menjadikan diri kita hina sehina-hinanya! naudzubillahhh.. sebab kerehatan dan masa lapang adalah punca kemaksiatan dan kelalaian bagi seorang da’ie. (da’ie juga seorang manusia, yes? yang vulnerable kepada tarikan-tarikan jahiliyah dan ajakan syaitan. sebab itu tips menghalang daripada kelalaian adalah melaksanakan keempat-empat perkara tersebut)

benar. kalau kita tidak disibukkan oleh islam/dakwah, kita akan disibukkan oleh jahiliyah, kemungkaran, kebathilan. saya sangat insaf dengar sharing ayat ini. allahu rabbi, setahun saya duduk di rumah sejak november tahun lalu, tolak 3-5 bulan ; terlantar di hospital + proses berjalan dan dapat kekuatan berjalan semula.

apakah yang telah lakukan sepanjang tempoh kelapangan waktu ini? apakah benar-benar telah terhapus dosa-dosa saya dengan kesakitan yang telah saya lalui salam tempoh ini? apakah semakin meningkat darjat saya di sisi Allah? apakah telah bertambah ilmu saya tentang islam? apakah amalan saya yang bertambah? rasa seperti mahu menangis semahu-mahunya mengenangkan semua. ya Allah, banyaknya nikmatmu yang telah aku dustai! nikmat masa lapang itu!

sebab itu, ramadhan ini, niat saya untuk memulakan semuanya semula. i want to start it all over again.

mahu menjadi saya yang tidak akan bertangguh-tangguh terhadap kebaikan;

saya yang cuba sedaya-upaya untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki – to the best of my ability!

saya yang lebih akrab dengan alquran, dan berakhlak dengannya;

saya yang sentiasa rendah hati;

saya yang memiliki Dia di dalam setiap sudut hati..

ameen ya rabb!

bila refleksi kembali sirah nabawiyah, selepas peristiwa hijrah dari mekah ke madinah.. di madinah sahabat benar-benar disibukkan dengan islam. tidak dicaknakan pun dengan hal-hal duniawi seperti harta benda, keluarga, kebun-kebun, tanah; sebab dah ditinggalkan di mekah. so, nak katanya.. untuk sebuah permulaan baru yang lebih baik, yang lebih akrab ilallah.. wajarlah untuk seseorang itu berhijrah. dengan sebenar-benar hijrah.

boleh jadi hijrah fizikal.. dari tempat tinggal yang lama, kepada yang baru. (semoga dipermudahkan urusan badarians untuk cari rumah islam (r.i) yang baru, allahumma ameen!)

dari tudung yang singkat, kepada yang lebih memelihara.

and the list goes on.

dan yang paling penting sebenarnya, hijrah hati.

ramadhan yang hadir adalah masa yang terbaik untuk perbaharui taubat.. juga memohon hati yang baru, hati yang lebih mensyukuri nikmat-nikmatNya, yang lebih khusyuk melunak mengingati Allah.

Keterbatasan

bismillah.

Jam di handphone menunjukkan angka 10:20 malam. Aku sepatutnya sudah tidur pada jam ini; aku senang berpagi-pagian berbanding bersengkang mata menjadi burung hantu.. tapi malam ini, susah benar nak lelapkan mata.. ah baru sebentar tadi aku meneguk separuh White Coffee 3in1, konon mahu stay-up menghabiskan nota ENT.. tapi juga, lazimnya walaupun  selepas minum kopi pun aku mudah saja melenakan diri.
Heh, kini tegukan kopi itu cuma memberi psychogenic effect menjagakan diri, bukan lagi physiologic effect yang meng’alert‘kan CNSku..

Siling bilik kurenung.. bagaimana hari esokku?
Sekolah semakin menjadi sesuatu yang menyakitkan buatku. Menyakitkan, secara literal. Hinggakan aku terasa lebih senang berdiam di rumah berbanding mencipta langkah-langkah ke sekolah..

Allahu Allah.

Kondisi kakiku, kian teruk. Sepertinya setiap derapan tapak bisa mengundang tangis.. Aku terkenang dulu-dulu, betapa aku tak mahu diberi layanan istimewa; “eh mira, duduklah tempat saya,”  “awak boleh duduk bawah khemah, takpayah terlibat dgn larian” dan lain-lain.

Dan jawapanku terhadap santunan-santunan ini, “eh takpeee, saya okay

Terkenang juga aku, perjalanan mendaki Gunung Sinai. subhanallah, mendaki bukit Maxwell pun tak pernah sampai separuh pendakian. kemudian mampu mendaki gunung sampai kepuncaknya? mashaAllah.. pertolongan Allah sangat hebat waktu tu!

Minggu lepas, kakak mengundang aku ke daurah akhwat di Serdang. Aku sudahpun kembali ke India sekarang ni, maka aku perlu terbang ke Malaysia semula untuk hadiri daurah selama 4hari tu.. Kalau ikutkan, flight selama 4jam; apalah sangat.. Residential Permit pula baru renew.. Tiket pergi-balik Air Asia pun, cuma RM300 je.. seperti sangat mengalu-alukan kehadiran aku di sana..

Aku mahu pergi.. aku selalu berdoa semoga ditemukan dengan orang-orang yang hebat dalam DnT ini.. dan dalam daurah tu nanti, kakak-kakak dan ada asatizah yang akan beri pengisian..
Aku excited.

Tapi..
mengenangkan rasa sakit yang aku perlu tanggung pada setiap langkah yang kucipta.. mudarat yang lebih berbanding manfaat, aku terpaksa menolak undangan istimewa tu.. Sakit, benar sakit.. aku tak tipu..
Masakan aku mampu menipu, kalau di hospital kini aku mula menggunakan elbow crutch?
Masakan sakit sikit-sikit cuma kalau tanpa analgesic aku tak mampu membuat hatta satu langkah pun dengan tiada kepayahan?
Dan yang menanggung dan merasai nikmatnya sakit ialah aku.

Dengan keterbatasan ini.. Hati siapa yang tak sedih, andai pengisian-pengisian yang aku keciciran itulah sepatutnya membasahkan lagi hamasahku dalam jalan ini?
Hati siapa yang tak terkilan, kalau sahabat-sahabat sekatibah semuanya terbang ke Jakarta untuk hari-hari yang basah dengan pengisian yang ruhiy?
Hati siapa yang tak hiba, bila rasa terlalu mahu menziarah akhwats tetapi nak menapak ke muka pintu pun sudah menjadi sesuatu yang berat?

Dan aku.. di dalam bilik ini, semakin takut mencipta langkah! Allah….

Besar ujian ini ya Allah..
Kaki yang sihat dan nikmat berjalan adalah nikmat  terbesar yang terlalu amat perlu disyukuri, dan aku kini rindui…..

Mungkin rasa sakit Rasulullah lebih lagi, tatkala berjalan di Taif dengan kaki Baginda berkocak darah..
Mungkin aku perlu lebih lagi meminjam hamasahnya Abdullah bin Ummi Maktum, yang buta tetapi terlalu mengimpikan syahid.. dan, sahabat Amar bin Jamuh r.a yang mempunyai kaki yang tempang tetapi hatinya ingin syahid di jalan Allah di medan Uhud..

Berdosakah aku ya Allah, menangisi keterbatasan ini? Belum all-outkah aku kiranya ni?
Ya Allah, di syurgaMu itu nanti, pasti tiada kesakitan kan? Aku akan berjalan tanpa rasa sakit kan nanti?
Ya Allah, golongkan aku dalam golongan mereka yang merindukan syurgaMu.. dan dalam golongan mereka yang mengimpikan syahid di jalanMu..

 ‎”Aku memanjatkan doa atas jalan-jalan kehidupan yg terbaik. Aku mencuba menerima segala keterbatasan diri. Aku merenungkan bahawa ada ribuan hikmah dibalik keterbatasan yg telah ditentukanNya. Dan ada berbagai jalan utk ditapaki, utk menembusi liang-liang keterbatasan.
dengan tetap mengindahkan segala kurnia yg telah diberikanNya”


Aku perlukan kamu, untuk doakan aku!