Storm

I never thought I would ever write something in here again.. but Subhanallah, the very first reason I started blogging is the reason I am typing something here now. Ternyatalah hidup ni turun dan naik, selayaknya sunnatullah itu sendiri.

Alhamdulillah that I am in my final semester of this medical course now. And I have never imagined that it is going to drain my inner soul as much as this.. dengan lecturer yang sentiasa mengharapkan kita telah tahu ‘through and through’ untuk setiap subjek diganding dengan tanggungjawab dakwah yang semakin menuntut pengorbanan dari segenap aspek. Kadang-kadang terduduk juga, lelah bergelut dengan tarikan-tarikan dalaman.. juga luaran.

Akhirnya berbalik kembali atas sebab apa kita berbuat.. even if kita telah meniatkan ‘Lillahi Taala’ pun, ada yang lebih halus daripada itu… yakni kerana melihatkan masalah ummah hari ini, kerana fikrah dakwah yang kita ada — untuk membina individu-individu muslim yang kembali mentaabudkan Allah, dan akhirnya seluruh alam ini hanya refer kepada sistem Allah semata-mata.

Besar kan aim ni? Dan pastinya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit…. paling terasa sakit is bila kena lapangkan dada dan menahan perasaan sendiri, kerana aim yang kita ada; adalah untuk ummah, bukan lagi diri. Masa tengah revise clinical examination of GIT di rumah (meanwhile akhawat yang lain sedang berprogram) berkali-kali cuba betulkan niat dan tenangkan hati dengan berdoa banyak-banyak.. semoga revision ni pun, bukanlah untuk kepentingan diri.. tapi demi maslahat dakwah dan tarbiyah semata-mata.. taknak jadi negligent time berkhidmat nanti, taknak buat common mistakes dalam final exams nanti sebab basic things tak settle lagi, dan cuba meletakkan effort yang selayaknya untuk medan yang sedang didepani sekarang.

Allah je tahu betapa berperangnya perasaan ini, when I finally chose to be home, “birrul walidain”, dan mempertajam alat rather than to be with them.. huhu. Allah je tahu perasaan ni, bilamana whatsapp to akhawat seorang pun tak reply (sibuk berprogram dan requirement program barangkali). Sampai tak tertahan air mata ni, setiap kali odoj dan bersolat.. mengenangkan, apakah aku ini sedang lari dari medan perang? Apakah aku ini telah tertapis kerana kalah dengan tarikan?

Akhirnya segala perasaan ini dipulangkan kepada Allah.. bilamana manusia sendiri tidak menjumpai penjelasannya. Bilamana alasan-alasan dan pendirian tidak ‘kena’ dengan expectation manusia terhadap kita. Kena sangat-sangat ingatkan diri, adakalanya tarbiyah yang Allah mahukan untuk kita adalah sangat-sangat beza dengan bentuk tarbiyah yang kita bayangkan untuk diri kita. Ingatkan diri, untuk berlapang dada dengan tarbiyah Allah.. serta bersangka baik dengan Allah sendiri. Semasa Nabi Ibrahim berhijrah meninggalkan kaumnya, dengan yakinnya dia berkata kepada diri; “Rabbi sayahdin..” Tuhanku akan menunjuki aku….

Ada sebabnya, Allah sahaja yang tahu hati kita, dan judgement manusia hanyalah superficial. Tetaplah jelas matlamat kita yang mahukan Allah itu sendiri.. bukan approval dan pandangan manusia.

Astaghfirullah

Astaghfirullah. Mohon doanya, jika masih ada yang membaca.

0345, Taiping.

Mari Berperasaan..

bismillah. lamanya tak menulis di sini. dengan kehadiran laman-laman sosial ‘Instagram‘, ‘Facebook‘, juga ‘Twitter’; perkongsian-perkongsian sering di sana sahaja; satu – kerana mudah dan segera ; di smartphone semata-mata serta tak perlu nak berlama-lamaan menghadap skrin komputer menaip. dua – dah kurang dwell dengan perasaan sendiri gamaknya, kurang observant tentang hidup –  jadi tak terasa nak menulis apatah lagi berkongsi. pendek kata, saya semakin jauh dari dunia penulisan. penulisan novel tarbiyah yang saya mulakan setahun lepas pun sudah tergendala di bab lima; ah, moga-moga tak terkubur begitu saja. insyaallah, doakan.

baru-baru ini saya semakin terasa kerelevanan (if there’s such a word)  untuk menulis semula. sebelum-sebelum ini, saya akui saya masih tercari-cari identiti penulisan, masih ada unsur keliru dengan niat menulis (despite of all the writings that i had posted, astaghfirullah), masih disesakkan dengan technicality i.e.blogspot/wordpress, theme blog, tema blog dan sebagainya (haha kelakar betul bab ni, perkara furu’ semuanya. huh). namun setelah melalui beberapa siri krisis dan konflik iman bulan-bulan yang lalu, serta setelah memuhasabahkan mutabaah amal yang compang-comping terutamanya kurangnya bacaan fikrah dan pentadabburan secara kritikal untuk dzatiyah sendiri.. asas penulisan tentulah pembacaan, jadi kalau dah mula ada ‘writer’s block’ atau buntu nak share apa, tentulah atas kekurangan yang asas tersebut. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. saya telusuri tulisan-tulisan yang lama, status-status FB yang lama, betapa sebenarnya tulisan-tulisan itulah yang menghidupkan hati saya sendiri, yang menguatkan diri saya sendiri, mengukuhkan kefahaman saya sendiri sebelum yang lainnya. manusia memang membaca (kalau ada yang masih sudi membaca);  tetapi yang paling dekat dengan tulisan-tulisan tersebut tentulah diri saya sendiri.

minggu lepas kami ke mysore; daurah generasi alquran yang unik untuk adik-adik. saya diberi tanggungjawab untuk berkongsi sesuatu selepas malam sesi persembahan adik-adik tentang kisah hidup 5 sahabat yang berbeza. saya kongsikan tentang pengislaman umar al-khattab, bagaimana beliau tersentuh dengan surah taha ayat 1 hingga 14. satu perkara yang saya nampak, bila kita cakap pasal alquran dan bagaimana alquran ini telah berjaya mengubah para sahabat menjadi generasi yang sangat-sangat hebat, kuncinya dapat dilihat daripada bagaimana para sahabat itu berperasaan terhadap alquran.

yes, mereka memiliki perasaan terhadap alquran; takut dengan azab-azab neraka, teruja terhadap gambaran-gambaran syurga; khuatir dengan ciri-ciri kemunafikan yang Allah listkan; bukankah semuanya ini perasaan-perasaan terhadap apa yang dibicarakan alquran? dan semua perasaan-perasaan tersebutlah yang membawa mereka untuk bersungguh-sungguh dan bermotivasi dalam kehidupan! subhanallah. dan secara psikologinya pun, tindakan-tindakan manusia semuanya dipandu oleh gumpalan-gumpalan perasaan yang bermukim di dada.. even asy-syahid sayyid qutb sendiri, dalam muqadimah zilal di setiap perenggannya beliau memulai dengan “aku hidup di bawah bayangan alquran…” asy-syahid benar-benar mampu merasai gambaran yang hidup pada setiap babak-babak dalam alquran, kemudian menghidupkannya dalam hidup beliau sendiri.. kagum. kita pula sekarang semakin lemah dengan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan yang entah apa-apa, sedangkan alquran membawa kita untuk berperasaan terhadap perkara-perkara yang lebih besar daripada sekadar apa-apa yang kita rasai saban hari..

marilah, kita halatujukan semula perasaan-perasaan kita. benar setiap hari adalah mujahadah, tetapi seringnya saya kalah dalam perjalanan mujahadah saya sendiri. saya tahu allah nampak semuanya, semuanya. dan ternyata seribu kesalahan-kesalahan dalam kehidupan ini sangat mematangkan diri untuk meneruskan perjalanan. semoga yang dikumpul di sini nanti bukan cuma koleksi-koleksi tulisan, tetapi kronologi kehidupan sang hamba yang hina dalam mencari cinta Tuhan..

Hidup

Sekarang tengah posting Surgery. Suka sangat posting surgery sebab ada Dr Rashmi Patel yang sangat passionate and bersemangat tu. Dr Rashmi suka involvekan students untuk assist/observe surgical procedures,discussions, selalu nak students dapat yang terbaik; especially perkara-perkara yang berkaitan management di hospital kami. Jumaat lepas pertama kali dapat tengok live laparoscopic cholecystectomy surgery. Laparoscopic surgery ni maksudnya pembedahan tu bukan yang belah-belah abdomen yang macam selalu kita ketahui tu,tapi teknik moden in which surgeon akan tebuk beberapa bahagian kat bahagian abdomen..perut lah usually. Masukkan surgical instruments khas through tebukan-tebukan tu, beserta kamera yang akan diconnectkan ke monitor. Jadi surgeon akan conduct surgery melalui imej dalam abdomen yang terpapar pada skrin monitor tersebut.

Masa kamera mula-mula dimasukkan ke dalam abdomen, Dr Rashmi pun bawak students ‘jalan-jalan’ sekejap dalam badan. Kitorang pun tengok lah kat skrin tu.. Subhanallah, cantik sangat pemandangan dalam badan. Ada salur darah(vessels) dan nampak darah yang sedang mengalir dalamnya, halus sangat salur darah-salur darah tu. Banyak salur darah, berselirat. Dinding abdomen (abdominal wall)pula pinkish yang sangat cantik keseluruhannya. Subhanallah.. Jantung tak nampak, sebab kedudukannya pada mediastinum, bukan abdomen. Nampak living liver.. hati yang hidup. Yang sedang berfungsi. Hati.. organ yang menjadi pusat metabolism tubuh secara perubatannya.

Spontan saya terkenangkan masa first year dulu, saya pernah pegang liver cadaver(mayat). Liver yang dah mati, yang dah tak berfungsi, yang dah hitam, yang busuk,yang berat.. Begitulah juga agaknya ya perbandingan qalbun yang hidup dengan qalbun yang mati. Perbandingan yang sangat ketara dan ‘nampak’.

(Qalbun) Hati yang hidup, pasti berfungsi dan menggerakkan seluruh anggota yang lainnya. Hati yang hidup, pasti mampu menyingkirkan ‘bahan-bahan’ yang tak perlu, yang toksik kepada tubuh. Sebab kalau tak disingkirkan, akan memudaratkan seluruh tubuh dan menyebabkan penyakit-penyakit sistemik yang pelbagai. Hati yang hidup…

Bila hati mati.. jasad berdiri menunaikan solat dan berusaha khusyuk, membaca al-Quran dan berusaha menumpukan perhatian, akan tetapi ketika meraba-raba hati,  hati tetap tuli dan tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Akal fikiran cerdas berfikir, bekerja, hidup dan menunjukkan kewujudannya.. tetapi ketika ingin menghayati semua itu pada hati, sama sekali tidak menjumpainya. Lantas, seluruh  kehidupan pun tak terpengaruhi.  Sibuk menasihati orang lain,’begitu.. begini..’ tapi hati sendiri tak terkesan pun. Hati yang mati, tersenyum kala mendengar berita gembira; juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Tapi kegembiraan dan kesedihan itu hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hati tetap diam tak bergoncang.. Astaghfirullahal’adzim..astaghfirullahal’adzim..Takut sangat, jasad sibuk ke sana ke mari, tapi tidak menurutsertakan hati. Lagi takut kalau sekadar bergerak ‘ikut arus’ atau go with the flow je setiap hari..

Beberapa hari sebelumnya, murabbiah kami membacakan kepada kami surat seorang rijal tanpa hati kepada Imam Assyahid Hassan Al-Banna dalam usrah. Subhanallah..cantik kan susunan Allah tu. Kemudian dapat pula tengok laparoscopic cholecystectomy dua hari selepasnya. Salah satu jawapan ISHAB yang mengesani saya,”Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy”

Berdoalah..berdoalah..semoga kita ini tergolong dalam orang-orang yang hidup hatinya. Yang selalu terhubung dengan langit.. Yang bergerak dan menggerakkan.. Sedangkan alam yang kering tandus pun, Allah datangkan hujan dan menghidupkannya semula.. apatah hati kecil kita yang berada di dalam dada..

“Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau kesuatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” – Al-A’raf ; 57
Tak mahu jadi robot, yang menjalani hidup.. tanpa ruh dan hati.Teringat status FB seorang ukhti,”jika hidup terasa beban, bangunkan jiwa. Cari kembali keindahan di hati. Semoga ujian-ujian kecil tak menekan emosi

Hijrah Ini

dalam hadis satu yang menceritakan tentang pentingnya niat untuk segala sesuatu amal, mesej lain yang boleh diambil daripadanya ialah tentang hijrah. perlunya hijrah untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. dalam seerah nabawiyah sendiri, selepas sahabat-sahabat ditarbiyah oleh Rasulullah SAW di makkah selama 13 tahun, turunnya wahyu untuk penghijrahan ke madinah. sebab, perlunya mereka kepada sebuah tempat baru untuk mengamalkan islam yang telah diajarkan.

alhamdulillah, thummalhamdulillah dah dua minggu setelah kembali semula ke India. jujur saya katakan, sesampainya saya ke rumah baru yang akan saya duduki, selepas solat maghrib saya terduduk dan menangis.. takut mengenangkan semua kehidupan baru yang bakal saya jalani. takut memikirkan tentang hari esok. takut membayangkan ujian-ujian yang akan didepani. semuanya bercampur aduk. saya menangis dalam doa-doa yang panjang seusai solat..

akan masuk batch yang baru.. rakan-rakan seperjuangan baru yang kebanyakannya junior.. akan tinggal di rumah yang baru bersama akhawat.. rutin hidup yang baru.. kehidupan dengan kaki yang ‘baru’… mungkin kedengarannya remeh je kerisauan-kerisauan yang menerpa tersebut. ala maklumlah, setahun beristirahat di rumah kemudian perlu menghadapi kehidupan dengan cabaran yang bertubi-tubi kini. kata seorang sahabat, ‘ala.. jangan risau mira, semua orang nak tolong kau nanti,’ tapi tetap juga kerisauan yang bergumpal itu buat hati ini jadi berbolak-balik, jadi gementar, jadi tak yakin.. lalu datanglah segala ketakutan-ketakutan tersebut.

tetapi setelah itu serta-merta Allah mencampakkan ketenangan dalam hati saya, seolah-olah memujuk.. bukankah engkau telah ditarbiyah dalam pelbagai cara di malaysia, setahun yang lalu? bukankah semuanya itu adalah persiapan terhadap jiwamu untuk menghadapi hari-hari mendatang yang kau khuatirkan itu? bukankah selama ini dalam saat-saat sukar Allah telah bersama-sama denganmu, bahkan sekarang pun Dia tetap juga bersamamu? bukankah kau ada Allah yang telah menyusunkan semuanya ini untukmu? jadi, tenanglah.. tenang.

subhanallah. indah sangat perasaan itu saat hadirnya bisikan-bisikan yang membelai hati. saya kemudian terkenangkan surah ad-dhuha dimana Allah dengan nada memujuk mendakap jiwa dan perasaan rasulullah SAW yang ketika itu sedang bergolak setelah diprovok oleh kaum musyrikin, ‘Tuhanmu telah meninggalkanmu!’ tidak, bahkan Allah tidak pernah langsung meninggalkan kita semua..

kini setelah dua minggu berlalu, saya terlalu bersyukur dikurniakan akhawat yang banyak menghulurkan bantuan, yang support dari pelbagai sisi.. juga teman-teman seposting di hospital yang baik hati dan memahami, membantu saya dalam proses adaptasi perasaan dan diri. walaupun saya berharap untuk bertukar ke hospital yang lebih dekat, berulangkali saya menzikirkan doa yang diajarkan oleh Allah kepada nabi nuh dalam surah almukminun ayat 29.. alhamdulillah.. saya masih di hospital yang sama, tidak dapat bertukar hospital. namun saya mengimani bahawa Allah lah sebaik- baik pemberi tempat, dan saya redha.. berada di hospital yang sama, namun dalam keadaan dan semangat yang jauh lebih baik, alhamdulillah…

bila dimuhasabahkan kembali.. kerisauan-kerisauan dan ketakutan-ketakutan yang pernah hadir itu mungkin kerana saya meletakkan kemampuan tu solely pada diri sendiri.. memanglah menakutkan, sebab kita tidak mampu melihat masa depan! masa depan yang memang bukan milik kita, dan semua andaian-andaian itu memang terlalu menggusarkan hati dan meragut emosi.

tapi bila kita benar-benar menggantungkan harapan kepada Allah.. semuanya akan kelihatan ‘fall into places, perfectly’.. subhanallah..

dalam flight tempohari, sempat saya refleksi terhadap pelbagai peristiwa yang telah berlaku dalam hidup saya.. saat saya menelusuri semua peristiwa tersebut, meskipun setelah bertahun-tahun.. semuanya seperti satu chain of events yang sangat teratur! Allah menyusunkan semuanya dengan caraNya yang terbaik dan paling indah.. dan doa-doa saya sedang dan telah dikabulkan satu persatu, dalam tempoh tersebut..

subhanallah.. alhamdulillah.. allahuakbar.. saya tidak pernah terbayang pun bahawa saya akan undergo pembedahan sesegera dan seawal ini, tidak pernah terbayang untuk tangguh pengajian selama setahun, tidak pernah terbayang untuk menjalani kehidupan hari ini.. yang ternyata lebih baik daripada yang pernah saya lalui sebelum ini. ternyata, atas semua nikmat-nikmat datang juga bersamanya ujian-ujian yang memang khusus dan ‘tailor-made’ untuk kita. tapi inshaAllah, “with Allah, we can”😉

Allah-lah yang mengaturkan hijrah yang indah ini.. semoga Dia menjadikan saya hamba yang sentiasa bersyukur dan terus memberi kekuatan untuk melangkah, berjalan dan berlari terus-menerus sehingga bertemu Allah di syurgaNya nanti.. Amin.

the art of ‘menegur’.

kalau kita rasa tersinggung jika kita ditegur, itu ertinya ego kita sedang ‘pertahankan diri’.
apatah lagi kalau kita melenting marah kepada orang yang menegur tersebut;
bahkan lagi jika kita mencari-cari manusia lain yang boleh ‘membela” a.k.a memback-up kesalahan yang kita buat.. akan melangitlah ego dibuatnya.
jadilah macam akhlak iblis, ‘aba wastakbar’;  rasa besar diri dan tak boleh terima kebenaran daripada orang lain. wal iya zubillah.
adabnya,
1. niat :
-bukan hendak mencari-cari kelemahan orang lain, tapi untuk memperbaiki kekurangan tersebut.
-bukan dengan perasaan; ‘ek-eleh’ atau ‘i am better than you, and now listen to my advice’.
 – “takpe, it’s okay. inilah tarbiyah. yang kita belajar sesuatu daripadanya.”
2. tegurlah secara private chat/mesej/whatsapp dengan orang yang hendak ditegur tersebut.
-bukan; cakap tentang perkara itu dengan orang lain. i.e. mengumpat.
-bukan juga menegur dalam khalayak yang ramai. (jagalah air muka dan ego orang lain juga)
ah, aku bukannya hendak mengajar.
melainkan berkongsi nota yang aku dapatkan daripada pelajaran kehidupan.
kita (aku) selalu layak ditegur dan diingatkan.

al-mujib.

sifat allah ‘al-mujib’ bermaksud ‘yang maha mengabulkan’. kita mungkin dah terlupa pun doa-doa kita yang pernah kita mohonkan dulu-dulu tu, tapi subhanallah allah tak pernah dan tidak akan lupa.

 

 

allah memakbulkan doa-doa kita dengan cara yang terindah. ada juga doa-doa kita yang kita mohonkan bertahun-tahun yang lalu, tapi allah sedang makbulkannya hari ini. ya, setelah bertahun-tahun tempohnya. bukankah allah maha tahu waktu yang terbaik untuk kita memperoleh apa yang kita pintakan tu? bahkan terlalu banyak perkara yang kita tak pernah tadah tangan dan memintanya, tetapi tetap allah anugerahkan kepada kita.

 

 

kita tidak pernah meminta untuk menjadi islam, kan?

kita tidak pernah minta agar esok hari kita masih mampu melihat, kan?

kita tidak pernah meminta sebuah uterus yang normal, mata yang dapat melihat, hati yang berdegup secara normal, tangan yang berfungsi…

 

 

dan allah tetap berbaik hati menganugerahkan semua itu buat kita. bahkan kita seolah-olah merasakan bahawa allah pasti akan mengurniakan semua itu tanpa kita minta.

 

 

haritu seorang kakak sentuh tentang sifat al-mujib allah dalam sharingnya. sangat tersentuh. rupa-rupanya, allah bukan sahaja akan mengabulkan doa-doa kita, bahkan ‘al-mujib’nya allah saat allah mengilhamkan kepada hati dan menggerakkan bibir kita untuk berdoa. dan saat allah mengilhamkan itulah, sebenarnya allah seolah-olah telah menjamin akan dikabulkan doa-doa permohonan kita. subhanallah.

 

 

dengan syarat; berdoa dengan kehadiran hati yang khusyuk; beriman bahawa allah punya banyak cara untuk mengabulkannya… cara-cara yang Dia kehendaki, dan adakalanya bukan cara yang seperti apa-apa yang telah kita bayangkan. yang pasti, semua yang allah bagi, semuanya baik-baik belaka. allahu robbuna, pemurahnya tuhan kita…

 

 

umar al-khattab ada menyebut,

“yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa”

 

 

nak katanya, daripada kata-kata umar ni, dia lagi bimbang kalau dia tak berdoa berbanding allah kabulkan ke tak doa-doa tu. lebih mementingkan sikap agar selalu berdoa berbanding natijah doa-doa. menginsafi betapa hak hamba adalah sekadar berdoa kepada allah, manakala ketentuan terkabulnya doa adalah hak allah semata-mata. mashaallah..

 

 

aku katakan kepada seseorang, “ramadhan bulan ajaib!”

“apa yang ajaib? ceritalah.. ceritalahh..!”

“bulan ni kan bulan barakah? doa-doa cepat makbul. cuba doa banyak-banyak.”

hehe.

 

ketika saya mendengar talk daripada ustaz nouman ali khan yang ini, saya jadi terharu sangat. how merciful allah is, how ungrateful are we….

 

 

 

of usrah #1.

ali bin abi talib radhiyallahu anhu pernah menyebut tentang kriteria murabbi/daie yang ideal.

“perkataan mereka ialah kebenaran, busana mereka ialah sikap bersahaja, dan langkah kaki mereka adalah tawadhu’. mata mereka tidak melihat apa saja yang diharamkan allah pada mereka dan mereka hanya menggunakan telinga mereka untuk ilmu yang bermanfaat bagi mereka. jiwa mereka tidak berubah, baik ketika mendapatkan musibah atau nikmat. ketika disiksa, mereka seperti melihat syurga dengan mata kasar. hati mereka tidak sedih dan tidak rungsing.

kebutuhan mereka tidak banyak dan jiwa mereka suci anti-mengemis-ngemis. mereka sabar selama hari-hari yang sebenarnya tidak lama dan hasilnya ialah mereka merasakan kebahagiaan berpanjangan yang tak berpenghujung. mereka dikejar dunia, tapi mereka menghindar darinyaa. mereka ditawan dunia, lalu mereka menebus dirinya dari tawanan dunia.

jika malam datang menjelang, mereka meluruskan kaki-kaki mereka, sementara mereka membaca al-qur’an dengan penuh kekhusyukan. jika mereka membaca tentang keindahan syurga, mereka senang dengannya, kerana mengkehendakinya. jika mereka membaca ayat tentang neraka dengan segala huru-haranya, mereka mendengarnya dengan sepenuh hati, hingga huru-hara dan esak sedu neraka jahannam terasa dekat dengan telinga mereka

sedang di siang hari, mereka orang-orang yang sabar, ulama, orang-orang soleh, dan orang-orang bertaqwa. mereka tidak puas dengan sedikit amal perbuatan mereka dan tidak menganggap amal perbuatan mereka banyak. mereka selalu menjadikan jiwa mereka sebagai tertuduh dan prihatin dengan amal perbuatan mereka yang banyak. jika seseorang menyanjung salah seorang dari mereka, ia berkata, “aku lebih tahu tentang diriku daripada selain aku dan tuhanku lebih tahu diriku daripada aku sendiri. ya allah, jangan hukum aku dengan apa yang mereka katakan tentang diriku, jadikan aku lebih baik dari sangkaan mereka tentang diriku, dan ampuni aku dalam hal-hal yang tidak mereka ketahui.”

ciri mereka yang lain ialah anda lihat agama mereka kuat, tegas sekaligus lembut, keyakinan mereka mendalam, rajin mencari ilmu, tahu sekaligus sabar, sederhana kala kaya, khusyuk ketika beribadah, tampil simpatik ketika miskin, sabar saat musibah, mencari rezeki halal, rajin memburu petunjuk, dan menggugah.

agenda mereka ialah bersyukur ketika berada di petang hari, dan berzikir ketika pada pagi hari. anda lihat cita-cita mereka pendek, hati mereka tunduk kepada allah, jiwa mereka qana’ah, segala urusan mereka mudah, agama mereka kukuh, syahawat mereka mati kutu, dan emosi mereka teredam. kebaikan bisa diharapkan dari mereka dan kejahatan tidak bersumber daripada mereka.

jika mereka berada di tengah-tengah orang lalai, mereka ditulis sebagai orang-orang yang berzikir. jika mereka berada di kumpulan orang-orang yang berzikir, mereka tidak ditulis sebagai orang-orang yang lalai. mereka memaafkan orang-orang yang yang menzalimi mereka, dermawan kepada orang-orang yang kedekut terhadap mereka, dan menyambung hubungan kekerabatan dengan orang yang memutuskan mereka. mereka tidak berkata kasar, perkataan mereka santun, kemungkaran mereka nil, kebaikan mereka mengalir terus, kontribusi mereka tak kunjung habis, dan kejahatan mereka hilang entah ke mana.

mereka tidak menggelabah ketika ada kucar-kacir, sabar saat sukar, dan bersyukur ketika senang. mereka mengaku sebelum saksi dihadirkan, tidak menyia-nyiakan apa saja yang dititipkan kepada mereka, dan tidak lupa dengan apa yang pernah diingatkan kepada mereka. mereka tidak memanggil orang lain dengan panggilan yang tidak baik., tidak menyakiti tetangga, tidak marah saat mendapatkan musibah, tidak terlibat dalam kebathilan, dan tidak keluar daripada kebenaran.

jika mereka diam, maka diam mereka tidak membuat mereka berduka. jika mereka ketawa, mereka tidak ketawa berdekah-dekah hingga suara mereka terdengar ke mana-mana. jiwa mereka kelelahan dalam berinteraksi dengan mereka, sedang orang lain merasa nyaman dengan mereka.”

—[petikan kata pengantar buku ‘profil murabbi ideal’, abdul hamid al-bilali]

————————

bila belek buku ‘profil murabbi ideal’, aku teringat, beberapa kali ada yang bertanyakan kepadaku, “mira kat malaysia ni, adik-adik usrah siapa pegang? tarbiyah derang camane?”

aku terdiam. bukan aku tidak punya adik-adik usrah, aku pernah mengendalikan usrah selama dua tahun sejak di tahun dua pengajian. tapi itu ketika aku belum tahu pun apa itu usrah. kenapa perlu usrah. kenapa aku pegang usrah. bahkan usrah yang kuhadiri ketika itu, tidak ubah seperti usrah zaman sekolah dulu; ada modul dan sekadar membaca daripada modul tersebut, terasa sungguh kering! masa tu, aku ingatkan memang sebegitulah konsep usrah. sekadar mendengar tazkirah. sekadar makan-makan, duduk-duduk, tengok video. aku menurut tanpa banyak soal. melazimi kehadiran dalam setiap pertemuan usrah kami.

jadi begitulah juga cara aku membawa usrah. aku pasti, seandainya adik-adik yang tiga orang itu tak ikut usrah yang aku kendalikan ketika itu pun, mereka akan mendapat input yang sama jika menghadiri tazkirah di surau saban malam. ataupun menonton puluhan video ceramah di youtube. betapa ‘ilmu-based‘nya pengisian dan usrah ketika itu rather than ‘tarbiyah-based‘.

ah, ternyata sangat besar peranan usrah sebenarnya. seorang ukhti pernah berkata dalam sebuah sharingnya,

saat kita membawa usrah, adakah kita rasa bahawa kita bertanggungjawab terhadap tarbiyah adik-adik ini? atau kita sekadar seronok membawa usrah?” usrah bukanlah sekadar trend.

kemudian ukhti tersebut berkata-kata lagi, “bila kita attend usrah kita, adakah kerana kita seronok jumpa each other, atau sekadar mahu ‘refreshkan iman’ , atau kita telah rasa bahawa kita lah batu-bata kepada sebuah bangunan islam itu , dan perlunya kita kepada usrah ini?

ceteknya pengetahuan dan kefahaman aku selama ini. rupanya usrah bukan sekadar suatu majlis ‘transfer ilmu’, tidak cukup kalau sekadar terasa ‘iman direcharge’ ketika berada di dalamnya.

ternyata, aku mula faham dan mengerti hakikat ini setelah bertahun-tahun allah mempersiapkan aku untuk sebuah kefahaman yang besar tersebut. setelah bertahun-tahun allah mempersediakan aku untuk sebuah tanggungjawab dakwah dalam ertikata sebenar. dan saat ini, tepat dua bulan sebelum aku kembali semula ke bumi maududiy aku sungguh berdebar-debar. kerana mengenangkan banyaknya nikmat yang aku perolehi ketika di malaysia ini sejak setahun lalu.. tak terhitung banyaknya untuk aku senaraikan satu persatu. dan bersama nikmat datangnya tanggungjawab; “with great nikmat, comes great responsibilities”!

paling penting, aku sangat terasa terhutang budi dengan manusia, dengan allah lebih-lebihlah lagi. aku yakin dan tersangat yakin, aku tidak akan mampu menjalani dua pembedahan yang lalu tanpa jalan-jalan yang telah allah mudahkan buatku. juga, aku pasti bahawa aku dan keluargaku tidak akan mampu menampung keseluruhan kos pembedahan tersebut tanpa perasaan yang telah allah campakkan dalam hati manusia-manusia yang telah berbaik hati untuk menyumbangkan dana demi menampung kos tersebut. allahu allah.

aku percaya, tidak ada cara lain untuk aku menterjemahkan rasa syukurku dan perasaan ‘terhutang budi’ku ini selain berbuat sesuatu untuk ummah ini. melibatkan diri untuk membina dan mentarbiyah manusia-manusia. mungkin inilah hikmahnya allah belum mengizinkan aku untuk memegang usrah sebelum ini. kerana allah mahu aku benar-benar mengerti dan faham kenapa aku perlu memikul tanggungjawab tersebut.. dan saat aku telah faham kenapa, aku pasti tidak lagi boleh lari ….

bukan mudah untuk memiliki peribadi seorang murabbi dengan segala kekurangan yang aku miliki, apatah lagi peribadi seorang murabbi yang ideal seperti yang telah didescribe oleh amirul mukminin ali bin abi talib r.a. di atas.

dan pasti ada sebab yang besar kenapa allah yang maha penyayang dan pemurah telah mempertemukan aku dengan ramadhan tahun ini; memasukkan aku dalam ‘madrasah tarbiyah’. madrasah atau universiti khusus dengan jemputan daripada allah sendiri. persiapan-persiapan sebelum aku kembali menjejakkan kaki ke medan juang sana… tegakah aku mendustai semuanya ini?

refleksi 13 Ramadhan 1433H

amirahsaryati