Kejayaan Tertangguh

bismillahirrahmanirrahim.

It’s written in the ‘script’.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lawh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

[ Al-Hadid : 22-23 ]

On Gaining

 

The previous post of ‘Doakan Saya‘ was written at the weakest point of my self-esteem. *Rasa macam tak berguna, rasa inferior*. Especially after being provoked by that Kakak from MARA who claimed that she just wanted to ‘suntik-semangat’ kitorang yang failures  nie; tapi she blindly accused us *korang datang India nie untuk melancong je keee*. Mungkinlah itu cara dia menyuntik semangat kan. But honestly I cried macam apa *but senyap2la dalam hall tu* je bila that kakak seolah-olah macam nak blame kitorang for being a failure. Haihh. You never know, unless you are in this field..

Ingat lagi post rubbishness yang Dr drpd Ramaiah Hospital said that I’m talking rubbish? Hmm, mungkin pada tahap nie, penyuntikan semangat secara provokasi adalah perlu, untuk memboostkan semangat, untuk mencekalkan hati. Gaining back the loosen spirit.

 

Masa tanya results for Supplementary Exam tu, Dean cakap, “Eh awak Anatomy & Physiology dapat Honours ni, tapi Biochemistry Fail..” Huaa, masa tu saya cuak dah, ingatkan fail as in fail terus even after repeat exam pun! huaaa.

Pastu Dean cakap, “eh bukan2, yang nie saya cakap fail final haritu”.. Pastu saya admit lah kat Dean tu, *yang sangat fatherly*
“itu lah dato’, mungkin saya a bit neglectkan Biochemistry and more focus on Anatomy and Physiology”. huhu. pengakuan tulus di situ.

Lainkali, kita; selalu-selalulah muhasabah dan koreksi diri, carik kesalahan sendiri. Bukan cuma hanya tahu menuding jari mencari kesalahan di pihak lain. Ya? 🙂

Hati kecil; yakinlah

Masa jawab exam 12th Oct haritu, honestly takdelah yakin sangat dengan jawapan sendiri. Ingatkan 5hari pegi kelas Dr. Nadiger, semua yang beliau cakap dalam class tu masuk. Yelah, at the very last minute nye preparation, memang kalau boleh nak tau soalan ape yg masuk jelah. Huhu. Tapi, tup2 dalam exam, yang soalan Vitamin C yg dikatakan takkan masuk, masuk. *mujurlah vitamin C dan bukan vitamin B yang banyak2 tu* huu. Short essay; Synthesis and Metabolism of Creatine phosphate tu.  errr.. cuma mampu jawab:  “it is stored in the muscle. (untuk 5markah!)” Suruh tulis reaction yang dicatalysekan oleh ALA synthase; cuma ingat: “it catalyses reaction of Hemoglobin synthesis. (untuk 3markah!) “ Padahal besar2 reaction tu tampal kat tepi katil, tapi tak mampu nak recall alpha amino beta ketoadipate tuh. isk.

Selepas exam, dengan diri sendiri, sungguh tak yakin. Nak2 pulak tu banyak betul rumours pasal repeaters nie kan. *Macam2 bunyik adaa but I don’t have to mention what lah kot kat sini kann*. Tertanya sendiri, apekah nasib aku dalam perjuangan nie.. apekah Tuhan masih mahu izinkan aku terus maju ke year seterus2 nya.. apekah akan terhenti di sini.. apekah.. apekah.. isk. sangat pathetic. Tapi, kita kan miliki Tuhan? Allah kan ada?

Memetik kata2 Bro Kat kat forum iLi;

Tenang..Cool..
Yg menanda tu kan lecturer.. So, equationnya adalah

Exam = pembuat soalan
Pembuat soalan = lecturer
lecturer = manusia

manusia dicipta dari tanah
tanah dicipta oleh Allah..

so, kesimpulannya, time ni ko kena bebanyak berdoa sebab mana tahu time lecturer tgh tanda kertas tu, hatinya Allah gerakkan utk memberi kamu markah lebih.. Allah lah yg menguasai hati manusia..

“Ya Latif, Ya Latif.. Lembutkan hati examiners tu untuk kasik markah..” Tak henti-henti. Sangat berharap nih.

“Ya Mujib, Ya Mujib.. Kasiklah aku peluang kedua.. aku nak belajar lagik.. perkenankan permintaan hati-hati kami.” memohon apa saja hanya kepada Allah.

Pun ada jugak dalam ‘script’;

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (diulangi) Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (utk urusan lain), dan hanya kpd Tuhanmulah engkau berharap. (al-insyirah : 5-8)

*hanya kpd Tuhanmulah engkau berharap*

Dengan segala rumours dan spekulasi yang ada, dengan ketidaksepakatan membuat keputusan tentang isu pembayaran. Hidup ni rasa macam ‘hanging’. Pathetic sungguh. Bangun pagi2, housemates bersiap2 ke kelas, saya? tolong tutup pintu after diorang keluar. Isk. Tapi yang berlegar2 di kepala cuma;

Di dalam hadis qudsi ada mengatakan,

Aku berada pada sangkaan hambaKu pada Ku, jika dia mengingatiKu didalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam hatiKu, jika dia mengingatiKu di dalam khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai lagi.Jika ia mendekatiKu sejengkal,maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta,Aku mendekatinya sedepa,dan jika ia mendatangiKu dengan berjalan,Aku akan mendatanginya dengan berlari.

Bersangka baiklah dengan Tuhan. Suka dengar naqibah saya cakap; “Hok Allah belako.” (semuanya hak Allah)


Kejayaan Tertangguh

Selepas bayar 2ribu ringgit malaysia untuk harga ‘sebuah jawapan’, alhamdulillah, tsumma alhamdulillah, sujud syukur saya pada Allah, sebab Dia izinkan saya terus melangkah dalam perjuangan nie selepas terduduk seketika di terminal kegagalan.

MasyaAllah, sebak, terharu sangat. Tapi malangnya dah takde airmata yang nak keluar pun, mungkin juga kerana penglibatan saya sepanjang perjuangan nie..

..perjuangan yang, kadangkala menjadi asbab kepada jatuhnya butiran2 mutiara dari mata saya. perjuangan yang.. kadangkala menyebabkan saya tersungkur seketika.

..perjuangan yang, menguji kedudukan saya sebagai seorang hambaAllah, pelajar, anak, dan, manusia biasa; yang bisa kecewa, terduduk, dan menangis.

Namun saya tahu, kejayaan ini sebenarnya memang sudah ditakdirkan, bahawa Allah telah menetapkan yang saya akan lulus first year nie, cuma kejayaan tu ‘ditangguh’.. mungkin untuk mengajar saya agar lebih hargai hakikat sebuah perjuangan yang panjang nie.. supaya lebih tabah dan cekalkan hati sbb there’s still a long wayy to go~ lebih mujahadah everyday untuk mengatasi dugaan2 macam:
tertido dalam lecture, malas nak gi kelas, ponteng kelas nak gi shopping, tiru record book, dan bermacam2 jenayah yg lain. huhu. reflect balik..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buat semua yang mendoakan kejayaan saya, dan kejayaan kami, Jazakunnallah khayr. I pray may Allah protects and showers your life with His blessings~ Thank you for all the support and the doas..

Perjalanan nie, masih jauh, masih panjang.. kerana kerehatan sebenar bagi seorang mukmin itu, hanyalah apabila kedua-dua kakinya sudah menginjak ke dalam syurga..

Thus, I welcome myself to Phase II MBBS, yang semestinya lebih mencabar, lebih menguji, dan lebih memerlukan semangat juang yang lebih tinggi..

4040844681_c5ef9891c1

_______________________________________

Sometimes things aren’t the way you hoped they would be..
That’s when you have to tell yourself that things will get better.
It may not be easy, but take each step forward as a challenge..
Learn from your difficult times.
Grow in courage and in strength.
Keep believing in yourself..
Stay focus on all you want your life to be.
Challenges are part of life’s journey that will bring you closer to what you dream to be…

_____________________________________

I was always looking outside myself for strength and confidence but it comes from within. It is there all the time. alhamdulillah.

Kasih sayang Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.Terlalu banyak sehingga tidak terhitung banyaknya,tidak habis tersenarai. Moga kita semua terpilih menjadi hamba-hambaNya yang mendapat redhaNya.


~perjalanan sepanjang setahun yang lalu.. moga jadi iktibar tahun ini~

amirahsaryati

25/10/2009


7 thoughts on “Kejayaan Tertangguh

  1. ya Allah mira..sgt terkesan….ada yg terkena kt diri sendiri…kdg2 kita lupa nak reflect balik nape Allah `tangguhkan’ kejayaan kita buat smntara …mgkn kita malas..n….so on…

  2. salam’alayk…
    Alhamdulillah3x.. mabruk alaih…
    semoga kesusahan hari ini menjadi kekuatan bagi menghadapi hidup yang lebih mencabar sesudah nya…
    Bila Ujian itu datang kepada kita, tandanya Allah masih ingat dan sayang pada Kita dan Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui reaksi dan respon kita terhadapNYA..
    insyaAllah…

    p/s: bagaimana shbt2 yg lain?

    • amirahsaryatiamin says:

      wsalam akh.

      alhamdulillah, jazakallah.. (^^,)
      ada 16 rakan seperjuangan yg x lepas Biochem, n sorang x lps anatomy..
      doa2 lah moga Allah tunjukkan jalan keluar buat mrk..sbb pembiayaan utk repeat kene tanggung sndiri..mara dh tknak bayar..

  3. Salam dik.

    erm, Anem pun pernah kena demikian, diprovok, dan memikirkan orang yg berkata itu sekadar berkepentingan, rupanya beliau ‘sengaja’, ingatkan beliau tak pernah alami, pndai ckp jer. Rupanya, ‘taknak kamu jadi mcm saya dulu’.- demikian ‘cara’nya.

    alolo yg, kena lebih rajin pasni ea;p

    Sememangnya kdgkala kalo kita mengembara ni,
    kena geget nyamuk, dengar bunyi rimau, luka-luka, lapo,
    sampai satu tahap rasa nak patah balik, tapi alang-alang dah mengembara jauh, banyak dah dapat, moh le kite mengembara sampai destinasinya.

    kan sayang,kan?
    teruskan mujahadah.
    bittaufiq wannajah untuk titian seterusnya;)

    -yg sayang kamu;p

    • amirahsaryatiamin says:

      hehe, rasa ‘cengeng’ sangat sbb sensitif benar hati nie.. mudah je nak ‘banjer’.. uhhu.. tp alhamdulillah, skrg lebih tabah..
      alhamdulillah, thanx kak.
      uhibbuki fillah. ❤ 😉

Leave a reply to saif shah Cancel reply